
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menerima pujian ramai susulan layanan dan kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak tirinya.
‘Watie sebaik-baik kiriman Tuhan’
Dalam satu video yang tular di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, dilihat memberi semangat kepada anak tirinya, Thalita, sebelum gadis itu naik ke pentas Konsert Ajai & Mega Friends yang berlangsung di The Star Performing Arts Centre, Singapura, baru-baru ini.
Perbuatan itu mendapat pujian ramai, yang rata-ratanya menyifatkan Watie sebagai ibu tiri yang penyayang dan ikhlas. Malah, mereka juga memuji kekuatan mental dan emosi yang ditunjukkan oleh Watie kerana mampu menerima tanggungjawab besar sebagai ibu tiri.
Dari awal sampai sekarang aku tak pernah kutuk Watie sebab aku boleh rasa dia seorang penyayang.
Aku rasa setakat ni ibu tiri yang baik di mata aku Watie dan Madammu. Yelah, dah tak kenal orang lain.
Watie nih kira perempuan kuat tau, tak semua perempuan mampu jadi ibu tiri yang ikhlas dan mampu tak cemburu kalau suami selalu rindu dan ziarah kubur arwah isteri, saya cakap macam nih sebab ada kawan yang marah bila suami selalu ziarah kubur arwah isteri.
Watie turut disifatkan sebagai ‘kiriman Tuhan’ untuk menggantikan tempat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, bekas isteri Shuib yang meninggal dunia pada tahun 2021.
Watie sebaik-baik kiriman Tuhan untuk gantikan Sarah dalam keluarga ini.
Alhamdulillah Rezeki Shuib di kurniakan isteri, saling tak tumpah perwatakan sama dengan arwah, nampak jelas kasih sayangnya dengan anak-anak. Alhamdulillah.





