29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selalu Tengok Di Televisyen’ – Yulia Kamelia Teruja Khai Bahar Sudi Jadi Rakan Duet

    Shopee Sale

    Penyanyi meningkat naik Yulia Kamelia menyifatkan rakan duetnya, Khai Bahar seorang yang mudah untuk bekerjasama menerusi single duet berjudul ‘Toksik’.

    Artikel Berkaitan: Khai Bahar Tak Teruskan Saman, Dakwa Kenalan Rapat Sebar Fitnah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Ada Buat Salah, Itu Antara Saya Dengan Tuhan’ – Khai Bahar

    Teruja dapat duet

    Ketika ditemui , Yulia, 25, meluahkan rasa teruja apabila figura yang sering dilihat di kaca televisyen akhirnya kini menjadi rakan duetnya di bawah naungan Sony Music Entertainment.

    Kata Yulia, dia tidak berasa janggal sepanjang proses rakaman single duetnya berikutan personaliti pelantun lagu ‘Luluh’ itu yang peramah.

    Pada awalnya saya macam tak percaya sebab saya pun masih baru kan.

    Tapi bila diberi peluang ini saya sangat bersyukur. Terima kasih juga pada pihak Khai Bahar kerana sudi duet dengan saya.

    Khai seorang yang sangat peramah dan kelakar. Walaupun dia ada nama yang besar, bila bekerja sekali itu saya tak rasa janggal.

    Kalau saya ada apa-apa nak tanya, dia terbuka saja menerima. Mudah untuk bekerjasama.

    Mula-mula saya jumpa Khai rasa sangat gementar. Saya juga mempersoalkan diri sendiri untuk duet dengan Khai.

    Selalu saya tengok dia di televisyen tapi bila diberi peluang, saya rasa bangga dengan diri sendiri.

    Yulia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet ‘Toksik’ yang berlangsung di Leo’s, TTDI pada Khamis.

    MENARIK:  Wani Kayrie Tak Pernah Bercinta Dengan Afieq Shazwan – ‘Netizen Doakan Kami Berjodoh, Saya Amin’

    Rezeki belum tiba

    Mengulas lanjut mengenai perjalanan kerjayanya, Yulia berpendapat bahawa rezekinya untuk lebih dikenali ramai sebagai penyanyi masih belum tiba.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Cinta Buat Dara itu mengambil cabaran ini sebagai semangat untuknya terus berkarya dalam industri.

    Sebenarnya saya tidaklah terlalu baru dalam industri. Saya pernah keluar lagu ost untuk TV3.

    Tapi mungkin belum rezeki saya untuk orang perasan.

    Saya selalu anggap diri saya baru. Nak belajar lagi, saya nak cuba benda baru.

    The post ‘Selalu Tengok Di Televisyen’ – Yulia Kamelia Teruja Khai Bahar Sudi Jadi Rakan Duet first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah