Momen antara isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri dan anak mereka Wan Maryam telah mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Maryam Pilih Sendiri Hadiah Untuk Adik-Adik Dia’ – Mawar Karim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luahan Anak Sulung Fizo Omar Raih Perhatian – ‘Daddy Ada Ramai Anak…’
Ajar Maryam
Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan Fazeera sedang membantu Maryam menyelesaikan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Fazeera dengan lemah lembut mengajar Maryam maksud ayat dan perkataan bagi memudahkannya memahami subjek tersebut.
Komen netizen
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Fazeera terhadap anak tirinya dan dikatakan boleh dijadikan contoh yang baik.
Selain itu, mereka turut mengagumi cara didikan Fazeera yang dilihat sangat mahir berbahasa Inggeris.
Terbaik Fazeera, sebab itu anak-anak semua gembira dan hormat dia.
Bagus Fazeera ajar Maryam macam ini walaupun Maryam anak tiri tapi dia anggap macam anak sendiri.
Alhamdulillah, bagusnya Fazeera bahagi masa untuk layan Maryam. Untung Maryam ada dua ibu yang baik.
Bertuah Maryam ada dua ibu yang sangat bertanggungjawab dan sayangkan dia.
Lembutnya suara dia mengajar, ibu tiri yang baik kita kena contohi.
Sekadar info, Maryam merupakan anak daripada hasil perkahwinan terdahulu Fizo bersama usahawan, Mawar Karim.
Walau bagaimanapun, perkahwinan yang terbina pada tahun 2013 itu terlerai selepas Fizo dan Mawar sah bercerai pada 2019.
Fizo kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun dan seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan.
The post [VIDEO] Netizen Puji Isteri Fizo Omar Bantu Maryam Siapkan Kerja Sekolah – ‘Ibu Tiri Yang Patut Dicontohi’ first appeared on OHBULAN!.