Penyanyi Dolla, Sabronzo menuai perhatian apabila membuat persembahan pada Konsert Hausboom Fest 2025 di MAEPS Serdang, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jadi Betul Lah Dah Kahwin?’ – Tular Video Sabronzo & DJ Dash Berlin Di ‘Airport’
Artikel Berkaitan: Sabronzo Dolla & Deejay Dash Berlin Sah Nikah?
Aura

Menerusi perkongsian video di TikTok, ia memaparkan pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli bersama dua ahli Dolla iaitu Tabby dan Angel melakukan persembahan dengan penuh semangat.
Bagaimanapun, rata-rata peminat tidak menafikan Sabronzo memiliki aura yang berbeza dan lebih menyerlah selepas mendirikan rumah tangga pada akhir September lalu.
Ramai yang memuji Sabronzo dengan mengatakan karismanya semakin kuat dan memberi impak kepada peminat.
Dalam pada itu, para peminat juga memuji kumpulan itu kerana menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi meskipun terpaksa menari dalam hujan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak henti memberikan pujian selain mengatakan Dolla menampilkan persembahan yang bertenaga dan mengagumkan sepanjang konsert itu.
Konsert dua hari itu turut menampilkan barisan artis terkenal seperti K-Clique, Insomniacks, Spider, Feby Putri, Datuk M. Nasir, Kunto Aji, Samsons, Bunface, 6ixth Sense, Datuk Jamal Abdillah, Noh Salleh dan ramai lagi.
Komen netizen


Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Netizen Puji Aura Sabronzo, Dolla Tunjuk Profesionalisme Menari Dalam Hujan first appeared on OHBULAN!.





