32.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Grab Malaysia & Coca-Cola Cipta Rekod Malaysia Dengan Konvoi 100 GrabCar Sempena Gawai Di Kuching

    Shopee Sale

    Kuching hari ini menjadi saksi kepada satu sambutan Gawai berskala besar apabila Grab Malaysia dan The Coca-Cola Company berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘KONVOI KERETA E-HAILING TERBANYAK DALAM PERAYAAN GAWAI’.

    Acara yang berlangsung sempena sambutan Gawai itu menyaksikan sebanyak 100 buah GrabCar, serta rakan-pemandunya, berkonvoi dari Waterfront Kuching menuju ke Kampung Annah Rais dalam suasana penuh meriah dan semangat kebersamaan.

    Lebih menarik, kesemua kenderaan yang terlibat tampil dengan penjenamaan Coca-Cola sekali gus menjadikan konvoi tersebut menjadi antara tarikan utama sambutan Gawai tahun ini di Sarawak.

    Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Willie Mongin yang bersama-sama menyaksikan acara pelepasan konvoi tersebut.

    Kuching meriah dengan konvoi 100 GrabCar

    Seawal pagi, suasana di Waterfront Kuching mula dipenuhi deretan GrabCar yang bersedia untuk sesi pelepasan rasmi sebelum bergerak ke Kampung Annah Rais.

    Konvoi besar-besaran itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian orang ramai dan pelancong sekitar Kuching, malah turut mencipta pemandangan luar biasa sepanjang perjalanan menuju lokasi sambutan.

    Percubaan rekod tersebut secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records menjadikan acara berkenaan satu pencapaian baharu sempena sambutan Gawai.

    Majlis pelepasan konvoi turut disaksikan dan disempurnakan oleh Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersama Casey Chung, Ketua Pengurusan Penghantaran & Hasil Pengiklanan Grab Malaysia.

    Kampung Annah Rais bertukar meriah dengan ‘village takeover’ Coca-Cola

    Dalam masa sama, Kampung Annah Rais turut dihiasi dengan pelbagai dekorasi dan aktiviti bertemakan Coca-Cola menerusi konsep ‘branded village takeover’.

    MENARIK:  Amir Ahnaf Terharu Jadi Tunjang Utama Filem Di Usia Muda – ‘Bersyukur Hasil Kerja Dilihat & Dihargai’

    Inisiatif tersebut berjaya membawa suasana sambutan Gawai yang lebih meriah sambil meraikan budaya dan tradisi masyarakat Sarawak bersama komuniti setempat.

    Daripada dekorasi kampung hinggalah aktiviti komuniti yang dijalankan, suasana di Kampung Annah Rais nyata dipenuhi dengan semangat perayaan dan kemeriahan Gawai.

    Grab Malaysia raikan Gawai bersama komuniti Sarawak

    Kolaborasi ini juga memperlihatkan usaha Grab untuk terus mendekati komuniti tempatan serta meraikan perayaan utama di Malaysia bersama rakyat pelbagai latar belakang.

    Penyertaan 100 rakan-pemandu Grab dalam konvoi ini menjadi simbol sokongan terhadap budaya dan tradisi masyarakat Sarawak, selain mengukuhkan semangat kebersamaan sempena musim perayaan. 

    Kehadiran mereka adalah satu penghormatan khusus buat rakan-pemandu yang sentiasa berdedikasi memastikan bandar ini terus bergerak maju.

    Gabungan elemen budaya, komuniti dan aktiviti berskala besar menjadikan sambutan Gawai kali ini bukan sahaja meriah, tetapi turut mencipta sejarah tersendiri di Kuching.

    Selain meraikan Gawai menerusi konvoi bersejarah ini, Grab Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi istimewa sempena musim perayaan menerusi GrabFood, GrabMart dan GrabCar untuk pengguna di seluruh Malaysia.

    Pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif, diskaun serta ganjaran menarik bagi menjadikan sambutan Gawai lebih meriah dan mudah bersama keluarga serta rakan-rakan. Ketahui lebih lanjut di sini.

    The post Grab Malaysia & Coca-Cola Cipta Rekod Malaysia Dengan Konvoi 100 GrabCar Sempena Gawai Di Kuching first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah