31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Neelofa Kongsi Detik Pertemuan Dengan PU Riz – ‘Saya Tengah Cari Ustaz Untuk Pengisian Ramadan’

    Shopee Sale



    Usahawan terkenal, Noor Neelofa berkongsi detik pertemuan bersama suaminya, Haris Ismail pada lima tahun lepas.

    Berjumpa kembali pada tahun 2020

    Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan berusia 36 tahun berkata dia mula berbual dengan Haris semasa COVID-19 melanda seluruh negara pada awal tahun 2020.

    Menceritakan kembali, Neelofa berkata dia pernah bertemu dengan Haris beberapa tahun yang lepas namun tidak pernah bertegur sapa.

    Ketika itu dah seminggu Ramadan, tetapi tidak sembahyang tarawih sebab masa itu lockdown, kemudian tiada pengisian Ramadan. Jadi saya pun telefon kenalan saya, tanya ada tak yang boleh datang jadi imam dekat rumah?

    Saya ada hubungi seorang ustaz ni tapi dia sibuk, jadi kenalan saya cakap ‘cuba telefon PU Haris’.

    Sebelum ini pernah ada berapa sesi events dan event terakhir adalah sebelum COVID lebih kurang dua tahun macam itu.

    Kemudian, jumpa semula pada tahun 2020.

    Titik perubahan Haris

    Kata usahawan Naelofar itu, detik pertemuan itu juga menjadi titik perubahan buat suaminya yang pada ketika juga sedang mencari jodoh.

    Ia juga menjadi titik perubahan untuk Haris sebab dia salah seorang terawal yang kena pergi Hospital Sungai Buloh. Dia kena COVID masa pergi masjid.

    Haris cakap masa dekat hospital tu dekat katil dah ada kain kafan. Setiap hari ada orang meninggal.

    Disebabkan itu, dia tengah mencari kemudian terjumpa dengan saya. Saya pun pada ketika itu sedang mencari.

    Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.

    MENARIK:  Penulis Lirik Slen Fadzil Sukar Cari ‘Kecacatan’ Persembahan Aina Abdul Di MPO – ‘Seorang Penghibur Negara Dalam Ciptaan’

    Hasil perkahwinanm mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah