29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Natasha Hudson Kongsi Kisah Penghijrahan – ‘Perjalanan Penuh Dengan Peringatan’

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Natasha Hudson meraih perhatian selepas berkongsi kisah penghijrahannya dalam mencari redha Allah S.W.T sejak sedekad yang lalu.

    Artikel Berkaitan: Natasha Hudson Kongsi Perjalanan Bersalin Anak Keempat, Lebih Tenang Pada Usia 41 Tahun – ‘Kurang Sakit & Tiada Koyak’

    Artikel Berkaitan: Natasha Hudson Nasihat Artis & ‘Influencer’ Berhati-Hati Terima Tawaran Bekerjasama Dengan Jenama Besar

    Khimar beli di Mekah

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Natasha Liana Hudson, 42, berkongsi momen-momen berharga yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perubahan hidupnya.

    Menurut Natasha, sehelai khimar yang dibeli di Mekah semasa melakukan umrah pertama pada tahun 2012 memainkan peranan penting dalam titik perubahan diri

    Banyak sangat perkara yang telah berlaku dan tidak tahu mahu bermula dari mana. Tetapi yang saya pasti perjalanan ini penuh dengan peringatan.

    Salah satunya pada 6 Jun, hari lahir Kaia. Pada hari yang sama tuan rumah saya meninggal dunia pada hari Arafah dalam keadaan hujan lebat penuh rahmat.

    Penyembuhan rohani

    Bercerita lanjut, Natasha berkata bertahun-tahun dia melalui fasa penyembuhan jiwa dan dia percaya perubahannya itu berlaku disebabkan dorongan oleh yang Maha Esa.

    MENARIK:  NIVEA Rai Peminat Dengan Kempen Beli & Menang, Peluang Terbaik Raih Tiket Ke 2026 CNBLUE Live World Tour ‘3LOGY’

    Kata Natasha banyak perkara yang telah terjadi membuka matanya terhadap kekuasaan Allah S.W.T dan berharap orang ramai menghargai setiap peluang yang diberi.

    Semuanya tentang kembali dari kosong dan menghargai apa yang ada. Saya harap saya juga akan mekar semula dengan indah, Insyaa-Allah.

    Dan semoga Allah kurniakan pengakhiran yang baik buat saya, keluarga dan seluruh umat.

    Bersyukurlah dengan setiap peluang hidup yang diberi, sama ada peluang untuk kembali, mencintai, bertaubat dan tujuan untuk hidup semula dengan tujuan.

    Sebelum ini, Natasha menjadi topik bualan selepas dilihat tidak mengenakan hijab pada tahun 2022. Malah selebriti itu juga sebelum ini pernah berniqab pada tahun 2016.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Natasha Hudson Kongsi Kisah Penghijrahan – ‘Perjalanan Penuh Dengan Peringatan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah