30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ain Edruce & Suami Gegar Dapur Ramadan Menerusi Resipi Serasi

    Shopee Sale

    Ramadan kali ini di TV3 bakal dimeriahkan dengan aroma masakan yang bukan sekadar menyelerakan, malah sarat dengan gelak tawa menerusi program terbaharu, Resipi Serasi. 

    Resipi Serasi

    Sebagai sebahagian daripada kempen Jwanjih Kenyang, rancangan ini membuktikan bahawa keajaiban di dapur sebenarnya bermula daripada keserasian pasangan yang memasak bersama.

    Menampilkan pasangan popular Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz, penonton bakal disajikan dengan satu dimensi baharu dalam rancangan memasak. 

    Keunikan program ini terletak pada pertembungan dua personaliti yang sangat berbeza iaitu Ain yang terkenal dengan sifat kecoh, petah dan spontan, manakala Amirul pula lebih tenang dan bersahaja. 

    MENARIK:  Kes Khalwat: Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah, Bayar Denda RM3,000 – ‘Sudah Selesai, Tutup Buku’

    Gabungan ini bakal mencetuskan momen ‘perang kecil’ di dapur, usik-mengusik manja serta pelbagai gelagat lucu yang pasti menghiburkan waktu petang anda.

    Resipi Serasi turut menyelitkan kisah-kisah peribadi pasangan ini sambil mengimbau kenangan awal perkahwinan serta detik-detik bermakna yang menjadi pengikat kasih sayang mereka selama ini. 

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan ini yang akan mula bersiaran pada 22 Februari 2026, setiap Ahad jam 3.00 petang di TV3. 

    The post Ain Edruce & Suami Gegar Dapur Ramadan Menerusi Resipi Serasi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah