Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad menepis dakwaan dirinya yang dilabel sebagai ‘lalang’ berikutan hubungannya bersama pelakon, Fazura.
Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Miliki Empat Ekar Tanah, Puji Kepintaran Isteri Jadi ‘Menteri Kewangan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Que Haidar Suruh Saya Jalan Di Depan, Agama Kita Meratukan Wanita’ – Fazura
Suka tengok hubungan Que & Fazura

Ketika ditemui , Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata dia tumpang bahagia melihat momen-momen indah kedua rakan selebritinya, Que Haidar dan Fazura di set penggambaran.
Bagaimanapun, pelawak berusia 43 tahun itu tidak mengesahkan sama ada hubungan yang ditonjolkan itu sekadar gimik promosi atau lahir daripada keikhlasan sebenar.
Mereka memang comel sebab tengok situasi mereka berdua.
Bila lihat sesuatu yang sebegitu di set penggambaran, kita tumpang gembira.
Tapi sama ada hubungan mereka itu dirancang atau tidak, saya tak pasti. Cuma di sebalik tabir, mereka nampak ikhlas.
Nabil berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Lagu Raya Nabila Razali yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur, pada Rabu.
Hubungan baik saja

Berkongsi lebih lanjut, Nabil memaklumkan hubungannya bersama pelakon filem Pisau Cukur itu dalam keadaan baik meskipun menerima pelbagai dakwaan mengenai dirinya di media sosial.
Tambah Nabil, dia bersyukur berpeluang kembali bekerjasama dengan Fazura sekali gus menyifatkan suasana sepanjang sesi promosi berlangsung dipenuhi gelak tawa.
Apa yang saya dengar, netizen cuba untuk melaga-lagakan nak buat orang lain tak suka dengan kita.
Tapi secara realitinya bila berjumpa, hubungan kami sangat baik. Kami bsemua boleh bergelak ketawa dan seronok bekerja bersama.
Kami dulu pernah buat program bersama. Bila program itu dimainkan semula, saya baru teringat kami agak rapat.
Saya seronok hubungan kami masih boleh diteruskan dengan kerjasama bagi jenama baju ini.
Dalam perkembangan lain, Nabil turut menjadi rakan duet bagi Lagu Raya Nabila Razali yang berjudul Tak Sabar Nak Raya yang bakal dilancarkan pada 27 Februari di semua platform digital.
The post [VIDEO] Nabil Ahmad Dakwa Netizen Cuba Sabotaj, Gembira Lihat Que Haidar & Fazura – ‘Nampak Ikhlas’ first appeared on OHBULAN!.





