29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Mulut Saja Lebih Tapi Penakut’ – Harris Alif Dedah Pasangan Lawan Tarik Diri

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Harris Alif akui melibatkan diri dalam kejohanan sukan tinju bagi mencari pengalaman baru selain berkarya dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Harris Alif Matang Semula Jadi, Bukan ‘Buat Buat’ – ‘Sudah Lalui Pelbagai Fasa Dalam Hidup’

    Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Akui Hamil Anak Kedua Lebih Penat – ‘Saya Alami Alahan Teruk’

    Sertai sukan tinju

    Ketika ditemui , pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, berkata, penglibatan dalam sukan tinju ini merupakan salah satu inisiatif mencari rezeki buat keluarga kecilnya.

    Saya teringin sebenarnya mahu sertai kejohanan tinju, tidak pernah sertai pun kejohanan seperti All Star Championship 2025 ini.

    Ini langkah pertama saya untuk sertai secara serius sukan tinju ini.

    Kejohanan tinju ini juga menawarkan hadiah yang cukup lumayan jadi ini antara salah satu usaha saya mencari rezeki untuk keluarga.

    Harris berkata demikian ketika ditemui pada saringan pertama All Star Championship 2025, di Kota Damansara, pada Ahad.

    MENARIK:  Siti Khadijah Sambut Jubli Baiduri Ke-15 Dengan Pembukaan Ikonik Laman Khadijah!

    Pasangan lawan tarik diri

    Berkongsi lebih lanjut, Harris memaklumkan tindakan seorang aktor yang mencabarnya sebelum ini telah menarik diri daripada perlawanan.

    Ujar suami kepada pelakon Intan Ladyana itu, dia akan mencari penganjur untuk tetap meneruskan perlawanan sukan tinju bersama aktor tersebut.

    Dia tarik diri. Bila mahu tandatangan kontrak, dia menghilangkan diri. Kalau betul berani, ke depanlah.

    Isu ini tiada berkesudahan dan akan terus berjalan.

    Saya akan cari jalan mungkin penganjur untuk mengadakan perlawanan tinju secara profesional antara kami. Bila tarik diri, nampaklah takut itu.

    Mulut sahaja lebih, tetapi penakut.

    Imbas kembali, Harris mendedahkan penglibatannya dalam acara ini adalah disebabkan mahu menuntut bela selepas seorang aktor menghina ahli keluarganya.

    Bagaimanapun, Harris memilih untuk tidak mendedahkan identiti aktor yang telah melontarkan penghinaan terhadap isteri dan ibunya.

    The post [VIDEO] ‘Mulut Saja Lebih Tapi Penakut’ – Harris Alif Dedah Pasangan Lawan Tarik Diri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah