Pelakon, Datuk Remy Ishak berkongsi detik permulaan menapak nama dalam industri seni dengan mencuba nasib di sesi ujibakat.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Gementar Berlakon Filem ‘Anak Halal’ Bersama Maya Karin & Fasha Sandha – ‘Masuk Set Penggambaran Menggigil’
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Raih Perhatian – ‘Suami Sekarang Tak Begitu Ke?’
Rupa tak boleh jual
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak, berkata, dia banyak melibatkan diri dalam ujibakat sebagai permulaan bergelar anak seni.
Pelakon filem ‘Cun’ mendakwa dirinya pernah ditolak beberapa kali kerana tidak memiliki rupa paras yang komersial.
Alhamdulillah, saya bermula daripada ujibakat.
Banyak tempat saya pergi, semua kena reject.
Mereka cakap saya tiada rupa.
‘Saya masih ingat penerbit itu…’

Berkongsi lebih lanjut, Remy akui masih mengingati kata-kata yang dilontarkan oleh seorang penerbit kepadanya.
Menurut Remy, zaman tersebut merupakan pan-asia yang mencari wajah pelapis anak seni berkacukan darah ‘mat saleh.’
Ketika itu zaman pan-asia. Mereka mencari muka-muka yang kacukan seperti Danny X Factor, Diana Danielle.
Saya pernah kena dengan satu penerbit yang saya ingat sampai sekarang.
Dan saya pernah jumpa dia juga.
Dia cakap saya boleh berlakon tapi rupa tak boleh jual.
Sebab itu saya tak pernah masuk pertandingan macam Hero Remaja sebab saya tahu saya tiada rupa.
Sumber: Tiktok @sembangseram
The post [VIDEO] ‘Muka Tak Boleh Jual’ – Remy Ishak Dedah Pernah Kena ‘Reject’ Dengan Penerbit first appeared on OHBULAN!.



#remyishak #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram 

