Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, menarik perhatian ramai selepas memuat naik luahan di media sosial mengenai anak mereka, Elaine Nada.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Syukur Mahkamah Sahkan Pernikahan Bersama Shuk Sahar Di Thailand – ‘Lepas Ini Urus Pengesahan Cerai Pula’
Artikel Bekaitan: Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk Sahar, Urus Pendaftaran Nikah & Lafaz Cerai – ‘Sebab Nanti Anak Tidak Boleh Berbintikan’
Shuk Sahar abaikan anak

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Fara meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Shuk yang didakwa tidak bertanggungjawab dan mengabaikan anak sendiri sejak dari dalam kandungan lagi.
Ini Nada masa umur dua hari. Kau tidak rasa apa-apa ke buat dia sampai macam ini? Bila anak Sabah kau kemain lagi kau layan.
Dia ni dari dalam perut, kau sudah buang. Lahir dalam keadaan serba kekurangan.
Fara kecewa

Menurut Fara, dia terpaksa menguruskan segalanya sendiri, termasuklah proses kelahiran, penjagaan anak dan urusan dokumentasi seperti pendaftaran nama anak.
Aku yang lahirkan dan aku jaga dia. Aku bawa dia pindah dengan aku, tidak bagi sesiapa jaga pun sebab aku tahu Nada cuma ada aku seorang dalam hidup dia.
Aku bukan minta rumah atau harta kau. Aku minta kerjasama sahaja untuk selesaikan benda ini.
Dalam pada itu, Fara juga mendakwa Shuk tidak menyediakan perbelanjaan untuk anak.
Daftar taska satu sen pun kau tak bagi sedangkan aku dah beritahu awal pada 28 hari bulan nak daftar.
Dalam luahan yang sama, Fara turut mendakwa Shuk tidak memberikan kerjasama walaupun sudah diminta berkali-kali, menyebabkan urusan menjadi sukar.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: Instagram
The post ‘Nada Dari Dalam Perut Kau Dah Buang, Lahir Dalam Serba Kekurangan’ – Fara Salleh first appeared on OHBULAN!.





