29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Misha Omar Terkesima, Melly Goeslaw Tak Dapat Tahan Air Mata

    Shopee Sale

    Kemunculan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw yang hadir ke majlis pelancaran lagu terbaharu Misha Omar yang berjudul Break telah menjadi detik paling bermakna.

    Artikel Berkaitan: Misha Omar Mengalir Air Mata, Terharu Dengan Sokongan Penonton Di Showcase..Beri Bayangan Nak Adakan Konsert Solo?

    Artikel Berkaitan: Misha Omar Terpaksa Berdiri Di Konsert Ernie Zakri, Kesal Individu ‘Rembat’ Tempat Duduk – ‘Tanpa Rasa Berdosa, Minta Maaf Pun Tidak’

    Kejutan untuk Misha

    Ketika ditemui OhBulan, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Asiah Omar mengakui terkesima dan tidak menyangka sama sekali kehadiran Melly yang juga pencipta lagu tersebut.

    Penyanyi berusia 44 tahun itu juga menganggap momen tersebut antara detik yang paling berharga buatnya terutama apabila Melly menjadikan dirinya sebagai idola.

    Sebenarnya saya sangat terharu apabila suara saya didengari oleh orang yang bukan calang-calang dari negara sebarang. Ia merupakan satu apresiasi.

    Pada mulanya saya nampak satu susuk tubuh seperti Melly tetapi saya perlu menumpukan kepada nanyian kerana guru saya, Datuk Syafinaz berada di hadapan.

    Kemudian Alhamdulillah dia pun nyanyi bersama-sama dan saya sangat gembira.

    Misha berkata demikian semasa sidang media pelancaran single terbaharunya itu yang berlangsung di Courtyard Kuala Lumpur.

    Melly sebak

    Melly yang tidak dapat menahan sebak pada pertemuan tersebut menyifatkan Misha sebagai seorang penyanyi yang berkaliber yang diidolakannya sejak dari dahulu lagi.

    Saya adalah peminat filem seram dan sangat meminati Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2. Bagi saya, Misha yang menyanyikan lagu runut bunyi filem itu, sangat menyentuh hati.

    Tidak ramai penyanyi yang boleh menghayati sesebuah lagu itu sekali gus menjadikan sesebuah babak itu hidup dan meninggalkan impak kepada penonton.

    Malah, semasa saya mendengar Misha menyanyikan lagu Pulangkan tadi, saya menangis.

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Cinta itu mendedahkan penciptaan lagu Break bermula ketika mereka berkomunikasi menerusi media sosial.

    Selepas konsert saya yang pertama di Kuala Lumpur, saya ada hantar mesej kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian Misha ada meminta lagu daripada saya dan kebetulan memang saya nak bagi lagu kepadanya.

    Saya berikan dia dua buah lagu. Tetapi projek ini tidak dirakamkan serta merta hingga saya sangkakan ia tidak jadi.

    Sehinggalah saya menerima mesej daripada penggubah lagu Break iaitu Toh Pati yang bergambar bersama Misha di studio.

    Disoal tentang kolaborasi seterusnya, Melly berkata dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan Misha terutama bagi karya-karya berkaitan runut bunyi.

    MENARIK:  Fattah Amin Nafi Curang, Sedih Fazura Fail Cerai – ‘Saya Tahu Mengenai Permohonan Perceraian Melalui Media Sosial’

    Untuk info, lagu Break yang juga lagu tema drama bersiri siaran Astro, berjudul Mandul Bukan Pilihan sudah pun dilancarkan di platform digital bulan lalu.

    The post [VIDEO] Misha Omar Terkesima, Melly Goeslaw Tak Dapat Tahan Air Mata first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah