
Hampir tiga tahun terpisah, usahawan kontroversi iaitu Nur Sajat meluahkan kerinduan buat dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.
‘Umi, adik tak nak umi nangis’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruzsaman dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika membuat panggilan video bersama anak-anaknya.
Sungguh Sajat rindu anak-anak Sajat. Semoga suatu hari nanti Sajat dapat jumpa mereka, InsyaAllah, Tuhan sahaja tahu berapa Sajat rindu nak peluk dan cium mereka.
Lebih meruntun hati apabila Syahmi seakan menenangkan dan memujuk Sajat agar jangan bersedih. Sajat kemudian menitipkan nasihat buat Syahmi dan Syaza agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Abang sayang umi, jangan menangis okay. Kenapa umi nangis?
Umi, adik tak nak umi nangis dan sedih.
Sementara di ruangan komen, rata-rata warga maya akui faham akan perasaan Sajat yang terpaksa menahan rindu berjauhan dengan insan tersayang.





