28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Masih Cantik Seperti Dulu, Netizen Tak Percaya Anne Ngasri Dah Anak 6 – ‘Awet Muda Betul!’

    Shopee Sale



    Meskipun sudah memasuki usia 40-an, pelakon Datin Anne Ngasri dilihat tidak dimamah usia apabila wajahnya kekal kelihatan cantik seperti dahulu kala.

    ‘Pakai mekap je’

    Menerusi video dimuat naik di TikTok, pemilik nama Naszriah Ngasri itu tidak dapat menyorokkan kegembiraan apabila ditanya mengenai kecantikkannya.

    Ujar pelakon berusia 40 tahun itu, faktor ketinggian juga memainkan peranan memandangkan dia seorang yang bertubuh genit.

    Tidaklah (nampak) muda. Saya pakai mekap sahaja. Kalau buang (mekap) nampak kedutannya.

    Mungkin sebab saya kecil (orangnya). Pendek dan rendah jadi orang akan kata saya nampak muda. Macam adik-beradik saya yang lain, nampak kecil sahaja.

    Tetapi anak saya nasib baik tidak ikut jejak langkah saya. Semua tinggi-tinggi, alhamdulillah.

    Ketika ditanya mengenai usia anaknya, Anne menjelaskan anak sulungnya kini sudah meningkat dewasa apabila menghampiri umur 20 tahun.

    Anak-anak sudah besar, ada enam orang.

    Alhamdulillah, anak sulung dah masuk umur 19 tahun, anak kedua umur 18 tahun, anak ketiga umur 16 tahun, anak keempat umur 14 tahun, anak kelima berumur 11 tahun dan bongsu umur tujuh tahun.

    ‘Keturunan baby face’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju bahawa wajah pelakon itu masih sama ketika dia berusia 20-an.

    MENARIK:  Netizen Tersalah Serang – ‘Saya Pablo Faka Bukan Fakha Yang Sedang Trending Itu’

    Sesetengah mereka juga tidak mempercayai bahawa aktres itu sudah memiliki enam orang anak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah