28.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Madammu Terbuka Terima Teguran Netizen Pakai Tudung Nampak Tengkuk – ‘Saya Ikut Keselesaan’

    Shopee Sale



    Sejak pulang daripada mengerjakan umrah, usahawan dan pempengaruh terkenal iaitu Madammu dilihat mula berkongsi beberapa hantaran memaparkan dirinya yang mengenakan hijab.

    Ditegur netizen

    " data-video-id="7480427624825654536">
    @dayananoir_n0035532 Doakan yang terbaik buat Madammu ? #noir #madammu #bertudung #doakan #fypp ? ???????????? – ??????? ?????

    Walau bagaimanapun, ramai netizen yang mula memberikan teguran terhadap Madammu apabila rata-rata mereka menganggap gaya tudung yang digunakan usahawan itu agak singkat.

    Tidak melatah, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid ini memaklumkan dia terbuka menerima setiap komen yang diberikan kepadanya.

    Saya selesa saja bila ada yang komen (saya bertudung) nampak tengkuklah, tak patuh syariah dan piawaian undang-undang negara Malaysia.

    Sebenarnya saya belum bertudung tetapi saya pakai saja dulu dan ‘just go with the flow’.

    Kemudiannya, saya pakai pun ikut keselesaan saya.

    Madammu berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya baru-baru ini.

    MENARIK:  Indra Herlambang Sanggup Tak Mandi Dua Hari, Nak Kekal Haruman Selepas Dipeluk Lisa Blackpink

    Dalam masa yang sama, pengasas produk kecantikan, Noir Health & Beauty ini tidak menolak akan mengenakan hijab sepenuhnya satu hari nanti.

    Insya-Allah, nanti daripada hanya saja-saja pakai, kita jadi terus pakai. Kita tak tahu kan?

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Madammu terus istiqamah mengenakan hijab dalam kehidupan sehariannya.

    Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji kecantikan Madammu yang kelihatan begitu jelita ketika bertudung.

    Komen netizen


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah