28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Maafkan Mama Kerana Tak Cukup Sempurna’

    Shopee Sale

    Pelakon Abby Abadi akui tidak mudah membesarkan anak-anak tanpa figura seorang ayah namun, bersyukur atas bantuan daripada keluarga terdekat.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ajar Aku Tentang Sabar, Aku Pernah Dikecewa Setengah Nyawa’ – Abby Abadi

    MENARIK:  Kim Pan-Gon Akui Pemain Gugup Lawan Jordan, Meminta Maaf Kepada Semua Penyokong Harimau Malaya

    Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

    Cabaran besarkan anak-anak

    " data-video-id="7512112765142633735" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @abbyabadi.exclusive

    Tak mudah… tapi syukur Alhamdullillah.. Sy ada ALLAH 😘 17tahun berlalu.. Skrg Danish dah 22 tahun. Dania nak masuk 20 July ini. Baby Danisha nak masuk 17 September nanti.. Mmmmm… bila dimbas kembali.. Banyak ye yg hal2 hebat yg Sy lalui.. & yg paling hebat, bila ALLAH hantar ujian, ALLAH hadirkan sekali kekuatan pada Sy…. 🙏🏻😘 Terima Kasih ALLAH ❤ Rindu sebenarnya pada Arwah Mak, Ayah.. yg sama2 menjaga anak3 ini masa dorg kecik2 dulu.. AlFatihah buat Mak Ayah 😭😭😭 #AlFatihah

    ♬ Arah Sejati (“Keajaiban Air Mata Wanita” Original Motion Pictures Soundtrack) – Fadhilah Intan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok,  Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkongsi cabaran yang dihadapi apabila gagal mempertahankan rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim.

    Tambahnya, dengan kehadiran arwah ibu sedikit sebanyak membantu dirinya untuk terus kuat mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang taat.

    Bila mama papa berpisah waktu anak-anak masih kecil, bukan senang sebenarnya untuk dilalui kerana meraka tidak faham apa-apa ketika itu.

    Untuk menjaga dan mendidik mereka ini menjadi manusia yang kenal diri menjadi hamba Allah.

    Bersyukur masa anak-anak kecil, ada arwah mak, ayah, abang, dan kakak yang tolong jaga sama-sama.

    Ada kawan baik yang selalu sudi teman kemana-mana saja.

    Tak mudah tapi Alhamdulillah. Saya ada Allah.

    17 tahun berlalu. Sekarang Danish dah 22 tahun, Dania dah masuk 20 tahun dan baby Danisha nak masuk 17 tahun.

    Bila imbas kembali, banyak hal-hal hebat yang saya lalui.

    Maafkan mama

    Dalam pada itu, Abby sempat menitip kemaafan kerana tidak mampu menjadi figura ibu yang hebat buat anak-anak.

    Maafkan mama tak cukup sempurna untuk jadi mama yang hebat.

    Yang boleh buat semua perkara, yang boleh selesaikan semua hal.

    Terima kasih Allah.

    Sekadar info, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.

    Pada Ogos 2015, Abby mendirikan rumah tangga kedua bersama pilihan hati, Muhammad Faizal Zakaria.

    Sumber: TikTok @abbyabadi.exclusive

    The post [VIDEO] ‘Maafkan Mama Kerana Tak Cukup Sempurna’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah