31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Linda Jasmine Lega Kisah Cerai Tak Kecoh, Kekal Hubungan Baik Dengan Que Haidar – ‘Tiada Beza, Sama Sahaja’

    Shopee Sale



    Walaupun sudah bercerai dengan bekas suami, namun kehidupan seharian koreografer popular, Linda Jasmine tidak banyak perbezaan.

     Berkaitan: [VIDEO] Anak Sifatkan Linda Jasmine Ibu Yang Baik, Jarang Lihat Menangis – ‘Kali Terakhir Beberapa Tahun Lalu’

    Tiada perbezaan

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Linda Jasmine (@official_lindajasmine)

    Ketika ditemui , Linda atau nama lengkapnya Linda Jasmine Hashim memberitahu bahawa hubungannya dengan bekas suami iaitu pelakon Que Haidar, tetap baik meskipun mereka memilih jalan perpisahan.

    Sebelum saya kahwin dengan Que pun, saya sudah biasa seorang dan semua urusan saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tiada beza, sama sahaja.

    Tiada rasa gementar atau apa-apa sebarang masalah. Hubungan kami pun okay. Kami berpisah cara baik, Alhamdulillah.

    Linda berkata demikian ketika ditemui pada majlis anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.

    Tak kongsi di media sosial

    Dalam pada itu, guru tari berusia 52 tahun tersebut dan Que memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial sekaligus membuatkan warganet berasa kagum.

    Linda juga meluahkan rasa lega kerana kisah perceraiannya tidak menjadi sorotan terlalu lama di media.

    Memang saya cuba elak sebaik mungkin daripada apa-apa khabar berita di media sosial. Sebab bagi saya, itu adalah isu peribadi kami dan untuk apa saya nak kongsikan dengan semua orang?

    Jadi saya rasa tak perlu, bila berita itu (perceraian) keluar pun hanya kecoh sehari sahaja.

    Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 namun bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.

    MENARIK:  Karyaseni ‘Dibanjiri’ Pengunjung, Budaya Membaca Masih Menebal

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.

    Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah