24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lelaki Menangis Kongsi Momen Bantu Mangsa Kemalangan Plaza Tol Bukit Kajang – ‘Minta Maaf Anak Akak Dah Tak Ada, Dia Meraung’

    Shopee Sale

    Semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai kematian bayi lelaki berusia setahun yang maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang.

    Artikel Berkaitan: Baru 3 Bulan Nikah, Belum Sempat Sanding, Wanita Meraung Suami ‘Pergi’ 3 Minggu Sebelum Majlis – ‘B, Bangun B’

    MENARIK:  [VIDEO] Sambut ‘Birthday’ Anak Dalam Banjir, Majlis Kecil Bertukar Jadi Rumah Terbuka – ‘Kesian Tengok Masing-Masing Lapar’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Benarkan Anak & Isteri Naik Motor’ – Bapa Tak Sangka Anak Maut Kemalangan Ketika Naik Bas

    Sebak umumkan kematian mangsa

    " data-video-id="7554765520780725524" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @my.ridhwan

    ♬ original sound – Ridhwan Mohamad – Ridhwan Mohamad

    Terbaharu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ridhwan Mohamad tampil berkongsi momen menyedihkan sewaktu dirinya mengesahkan kematian bayi tersebut kepada kedua ibu bapa mangsa.

    Ujar Ridhwan, agak berat buatnya untuk memaklumkan mengenai kematian bayi tersebut.

    Waktu itu, akak ini (ibu mangsa) sedang berhubung dengan suami menerusi telefon bimbit dan maklumkan yang suami dia berada di Kedah.

    Aku pun tolong akak itu untuk bercakap dengan suami dia yang berkali-kali bertanyakan keadaan anak dia kepada aku.

    Sampailah akhirnya, aku maklumkan juga yang anak mereka dah tak ada. Bila aku bagitahu ja, mereka meraung weh.

    Semua orang pasti tak nak berada dalam situasi di mana perlu bagitahu kepada seseorang yang anak mereka dah tak ada. Aku jadi terngiang-ngiang.

    Lebih sebak, Ridhwan memaklumkan bahawa pasangan suami isteri itu telah menunggu hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.

    Aku minta kakak itu untuk bersabar dengan berita dan ujian ini.

    Sehinggalah ambulans sampai, aku tolong angkat bayi itu masuk ke dalam sambil akak itu berkali-kali merayu nak tengok anak dia.

    Kemudian ibu kepada akak itu (nenek mangsa) yang duduk di dalam ambulans bagitahu yang diorang dah tunggu 10 tahun nak dapatkan mangsa.

    Ya Allah, sedihnya bila aku dengar itu dan aku hanya mampu minta maaf.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mendengar perkongsian Ridhwan sambil mendoakan agar roh bayi itu dicucuri rahmat.

    Sementara itu, seorang wanita tampil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ridhwan atas bantuan yang diberikan kepada mangsa yang dikenali sebagai Husyan.

    Sekadar info, kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan itu turut menyebabkan lapan lagi mangsa mengalami kecederaan.

    Sumber: TikTok Ridhwan Mohamad

    The post [VIDEO] Lelaki Menangis Kongsi Momen Bantu Mangsa Kemalangan Plaza Tol Bukit Kajang – ‘Minta Maaf Anak Akak Dah Tak Ada, Dia Meraung’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah