Seorang doktor tampil memberikan penerangan berkenaan aktiviti seksual dan perkahwinan iaitu ‘lavender marriage’ yang menjadi kebimbangan dalam masyarakat sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Terkenal Kantoi Separuh Bogel Depan Kelab Gay?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah Suci – ‘Perangai Orang Begini Tetap Ada’
‘Lavender marriage’
Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Aishah Abas menjelaskan tentang trend ‘lavender marriage’ iaitu merujuk kepada perkahwinan bukan atas dasar membina keluarga tetapi untuk memenuhi kepentingan seksual tertentu.
Dekat Malaysia sekarang ni sebenarnya ada satu trend yang sangat berbahaya. Saya punya staf yang jaga klinik kata, sekarang ni trend ‘lavender marriage’ tengah banyak dekat Malaysia.
‘Perkahwinan lavender’ ni sebenarnya ialah melibatkan pasangan homoseksual mencari pasangan wanita untuk jadikan isteri.
Maksudnya dia memang mengamalkan homoseksual sebelum ini kemudian mencari isteri sama ada disuruh oleh ibu bapa atau tekanan sosial, eventually dia akan jadi biseksual.
Maksudnya mengamalkan homoseksual pada masa yang sama ada pasangan yang berlainan jantina.
Menurut Dr Aishah, individu yang mengamalkan ‘lavender marriage’ ini tidak menyembunyikan keinginan nafsu sebenar mereka terhadap pasangan masing-masing.
Biasanya kes yang kita jumpa, rata-rata biseksual ni memang ada isteri dan ada pasangan homoseksual lain. Tetapi dia senyap-senyap mengamalkan homoseksual.
Namun dalam ‘lavender marriage’ ini, si isteri ataupun bakal isteri sebenarnya tahu suaminya homoseksual, tapi dia memilih lelaki itu sebagai suami.
Risiko jangkitan

Gusar dengan trend ini yang semakin menular, Dr Aishah menegaskan agar setiap individu terutama wanita untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan berikutan trend ‘lavender marriage’ mempunyai risiko yang tinggi terhadap kesihatan seksual.
Dah tahu bakal suami ada risiko, ada pasangan lelaki lain kat luar sana tapi masih nak ada komitmen dalam perkahwinan?
Para wanita kat luar sana, benda-benda yang berkaitan macam ni ‘lavender marriage’ ni, ia adalah sangat berisiko untuk awak.
Tambah Dr Aishah lagi, pasangan di dalam ‘lavender marriage’ ini mempunyai potensi besar untuk mendapat penyakit kelamin seperti HIV (Human Immunodeficiency Virus) dan STD (Sexually Transmitted Disease).
Awak tahu yang lelaki tu ada pasangan lelaki yang lain dan mungkin dia akan bertukar-tukar pasangan.
Ini menyebabkan mungkin risiko HIV pada dia dan dalam masa yang sama, risiko HIV tu akan dibawa kepada kalian.
Bukan risiko HIV saja, tetapi penyakit-penyakit berjangkit yang lain. Terutamanya penyakit kelamin atau STD.
Awak semua pun boleh dapat. Kalau mengandung, anak pun boleh dapat penyakit yang sama. Ingatlah homoseksualiti ada 18 kali ganda risiko berbanding pasangan heteroseksual (lelaki dan perempuan).
Sumber: Dr Aishah Abas
The post [VIDEO] ‘Lavender Marriage’ Meliar Di Malaysia, Doktor Perjelas Implikasi Bahaya – ‘Risiko Jangkitan Penyakit Kelamin & HIV’ first appeared on OHBULAN!.





