29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Komplikasi Yang Dialami Tiada Kena Mengena Dengan Pembedahan Bariatrik’ – Doktor Isteri Prince Syed

    Shopee Sale

    Doktor Gafoor yang merupakan doktor bedah bariatrik kepada isteri pempengaruh dan usahawan Prince Syed iaitu Fatin Syazwani menjelaskan keadaan kesihatan wanita itu yang menjadi bualan hangat di media sosial. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salahnya Kalau Cerita Dari Awal? Kami Tiada Hak Ke?’ – Adik Ipar Prince Syed

    MENARIK:  [VIDEO] Mikhail Isaaq Dah Jumpa Pengganti, Tayang Kebahagiaan Bersama Wanita Kelantan Di TikTok?

    Artikel Berkaitan: Prince Syed Dakwa Ditumbuk, Dihempuk Dengan Helmet – ‘Kepala Kena Serpihan Kaca, Muka Bengkak’

    Kurang air dan jangkitan kuman

    " data-video-id="7568752000486214930" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @drgafoor

    Uish.. Tiba-tiba tiktok DrG dok bnyk notifications ni. Mesti hampa dok tunggukan penjelasan Dr. G tentang isu ITU kann. Ni Dr.G explain details pasal isu ITU. #fyp #ingatqurusingatdrg #

    ♬ original sound – Dr Gafoor (CEO of OK) – Dr Gafoor (CEO of OK)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Doktor Gafoor atau lebih mesra dengan panggilan Dr. G memaklumkan tentang keadaan Fatin Syazwani yang tular itu disebabkan dehidrasi dan jangkitan kuman.

    Tambah Dr. G pembedahan berjalan lancar namun selepas tiga minggu, dia mendapat berita bahawa Fatin telah dimasukkan ke hospital.

    Saya ingin memberi penerangan apa yang berlaku.

    Ada seorang pesakit datang jumpa saya untuk buat bariatrik.

    Kita buat pembedahan, dan selepas tiga minggu keadaan dia okay saja.

    Tiba-tiba kami dapat berita dia masuk ke hospital sebab kurang air dan mendapat jangkitan kuman.

    Tiada kena mengena dengan bariatrik

    Berkongsi lebih lanjut, Doktor Gafoor memaklumkan keadaan yang dialami tersebut tiada kaitan dengan pembedahan bariatrik.

    Ujarnya lanjut, Fatin Syazwani bakal menurunkan berat badan yang banyak dengan keadaan kesihatan yang lebih baik.

    Saya nak tekankan beberapa perkara di sini, komplikasi yang dialami tiada kena mengena dengan bariatrik.

    Kedua, perkara yang menjadi pertelingkahan adalah isu keluarga bukan isu perubatan.

    Ketiga, saya ada beberapa nasihat untuk pesakit yang buat pembedahan bariatrik.

    Pastikan anda banyak berinteraksi dengan admin dan dietition.

    Info terbaru yang saya dapat adalah pesakit (Fatin Syazwani) dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas sehari dua mendapatkan rawatan susulan.

    Saya rasa dia akan kurus dengan banyak dan sihat.

    Sementara itu, Prince Syed turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan menzahirkan penghargaan kepada Dr G yang telah menjalankan prosedur pembedahan tersebut dengan baik.

    Sumber: TikTok @DrGafoor

    The post [VIDEO] ‘Komplikasi Yang Dialami Tiada Kena Mengena Dengan Pembedahan Bariatrik’ – Doktor Isteri Prince Syed first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah