Setelah lebih daripada sedekad bersama, band asal Ireland iaitu Kodaline mengumumkan pembubaran.
Artikel Berkaitan: Dadali Band Pernah Hampir Dibubar – ‘Kita Sahabat Sampai Mati’
Artikel Berkaitan: A.C.A.B Buat Konsert Akhir Sebelum Bawa Haluan Sendiri – ‘Kami Sudah Satukan Pendengar Daripada Pelbagai Latar Belakang’
Umum perpisahan
Pengumuman mengejutkan itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi mereka.
Menerusi hantaran itu, ahli kumpulan itu mengakui untuk membuat keputusan ini sangat berat.
Selepas lebih sedekad bersama, kami telah membuat keputusan yang sukar iaitu mengucapkan selamat tinggal kepada Kodaline.
Kami tahu berita ini mungkin mengejutkan dan ia sememangnya satu perasaan yang bercampur baur buat kami juga.
Segala yang telah kami lalui dan kongsikan bersama anda semua telah mengubah hidup kami selama-lamanya.
Daripada bermain muzik di jalanan Dublin, sehinggalah membuat persembahan di seluruh dunia.
Ia benar-benar satu pengalaman yang ibarat mimpi menjadi kenyataan.
Sebagai tanda perpisahan, Kodaline juga memaklumkan mereka bakal melancarkan satu karya terakhir yang istimewa.
Kami mahu menamatkan perjalanan ini dengan cara yang baik. Jadi, sebelum kami benar-benar berpisah, kami akan masuk ke studio buat kali terakhir untuk merakam album kelima dan terakhir kami sebagai Kodaline.
Untuk rekod, band ini mula ditubuhkan pada tahun 2005 dengan nama asal 21 Demands sebelum bertukar kepada Kodaline pada tahun 2012.
Kodaline telah menghasilkan tiga album yang menduduki tangga teratas carta di Ireland dan lagu-lagu mereka pernah dipaparkan dalam rancangan televisyen terkenal seperti Grey’s Anatomy dan The Vampire Diaries.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Kodaline Umum Bubar Setelah Lebih Sedekad first appeared on OHBULAN!.





