27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Sekali Lagi Mendunia, Terima Jemputan Dari Negara Oman – ‘Dapat Penajaan Penuh Dari Oman Tourism’

    Shopee Sale



    Jika sebelum ini pernah menerima kunjungan daripada Perdana Menteri New Zealand bersempena lawatannya di negara tersebut, pada kali ini pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming memaklumkan telah menerima jemputan dari negara Oman.

    Pelancongan Oman panggil Khairul Aming

    Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila dijemput sendiri oleh negara Timur Tengah itu untuk melakukan siri pelancongan di negara tersebut.

    Menerusi muat naik di TikTok, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA berkata dia mendapat penajaan penuh daripada pihak pelancongan Oman untuk melakukan video tersebut.

    Pengasas Sambal Nyet itu berkata usahanya selama lapan tahun membuahkan hasil apabila negara luar memanggilnya untuk mempromosikan tempat mereka.

    Selepas lapan tahun buat video masak di dapur, kita dapat jemputan untuk buat video di negara orang.

    Ini episod pertama Oman, di mana KA dapat full sponsorship daripada Oman tourism untuk buat travel series kat sana.

    Shooting guna tiga telefon pintar dan satu drone. Ini akan jadi direction baru content KA selain daripada  memasak.

    ‘Memang level international‘

    Rata-rata orang ramai meninggalkan komen menyatakan mereka bangga dengan pencapaian pempengaruh berusia 33 tahun itu.

    MENARIK:  Masjid TTDI Diboikot? Pihak Pengurusan Beri Respon – ‘Jemaah Yang Datang Berbuka 800 Sehari, Santuni Semua Tanpa Syarat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah