25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masjid TTDI Diboikot? Pihak Pengurusan Beri Respon – ‘Jemaah Yang Datang Berbuka 800 Sehari, Santuni Semua Tanpa Syarat’

    Shopee Sale

    Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mengeluarkan kenyataan rasmi susulan beberapa isu yang menjadi perbincangan hangat di media sosial sejak kebelakangan ini, khususnya berkaitan dakwaan kekurangan jemaah yang hadir berbuka puasa di masjid berkenaan.

    Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Bagi Ulasan Jujur Solat & Iftar Di Masjid TTDI – ‘Seronok & Sejuk, Lain Orang Lain Pengalaman’

    ‘Santuni semua jemaah’

    Menurut kenyataan itu, pihak masjid memaklumkan mereka mengambil perhatian terhadap hantaran yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi Threads yang memaparkan suasana masjid kelihatan lengang ketika waktu berbuka puasa.

    Hantaran berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi dan komen negatif yang disifatkan boleh mencemarkan reputasi serta nama baik masjid.

    Pihak masjid menjelaskan bahawa hantaran tersebut tidak menggambarkan situasi sebenar kerana jemaah lazimnya mula memenuhi ruang masjid bermula sekitar jam 7.00 malam.

    Hantaran tersebut menunjukkan suasana agak lengang tanpa kehadiran jemaah sepenuhnya. Hakikatnya, jemaah mula memenuhi masjid bermula jam 7.00 petang.

    Sepertimana Ramadan tahun lepas, bilangan jemaah yang datang berbuka puasa di masjid pada tahun ini juga adalah lingkungan 800-1000 orang setiap hari.

    Pihak masjid menyantuni semua jemaah yang hadir tanpa syarat. Ada ketikanya, pihak masjid menempah makanan tambahan bagi menampung jemaah yang hadir terlalu ramai diluar jangkaan.

    Pihak masjid turut memperuntukkan juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada orang awam di Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail, selain menghantar makanan ke rumah ahli kariah yang uzur.

    Bagi Ramadan tahun ini, pihak masjid memaklumkan sebanyak RM450,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program berbuka puasa, moreh dan sahur sepanjang bulan Ramadan.

    MENARIK:  Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Lelaki Buka Baju & Hanya Berseluar

    Dalam aspek pengimarahan masjid, pihak pengurusan turut menitikberatkan penerapan adab jemaah serta pemerkasaan ilmu agama dengan menyediakan barisan asatizah bertauliah.

    Kuliah subuh, kuliah maghrib, kuliah dhuha dan kuliah zohor muslimat diadakan setiap hari, dengan kehadiran jemaah solat subuh mencecah sekitar 500 orang setiap hari.

    Pihak masjid turut menegaskan bahawa segala urusan pengurusan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan.

    Mengakhiri kenyataan, pihak masjid menyeru semua pihak agar menjadikan Ramadan sebagai medan memperkukuh kehambaan kepada Allah SWT serta menghormati perbezaan demi menyemai kesatuan dalam kalangan umat Islam.

    Sumber: Threads

    The post Masjid TTDI Diboikot? Pihak Pengurusan Beri Respon – ‘Jemaah Yang Datang Berbuka 800 Sehari, Santuni Semua Tanpa Syarat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah