Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming mendedahkan bakal mendiami rumah pertamanya tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Mana Nak Curang, Jangan Curang Di Rembayung’ – Khairul Aming
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’
Rumah pertama
Menerusi perkongsian semasa sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, berkongsi mengenai berita gembira itu selepas 12 tahun tinggal di rumah sewa.
Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama.
Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa.
Menurut Khairul Aming, kediaman tersebut tidak terlalu besar dan sesuai untuk dirinya yang masih bujang.
Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet. Cukuplah tu untuk aku duduk seorang.
Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy..parking dua tapak.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat sederhana dan rendah diri yang dimiliki oleh Khairul Aming terutama dalam berbelanja untuk diri sendiri.
Dalam masa sama, warganet juga berseloroh dengan mendakwa Khairul Aming berkemungkinan membeli rumah tersebut secara tunai.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Khairul Aming Miliki Rumah Pertama Selepas 12 Tahun Menyewa – ‘Kondo Kecil Je, Cukup Untuk Duduk Seorang’ first appeared on OHBULAN!.





