25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ketika Buat Pai, Saya Menangis..Boleh Dengar Suara Bapa Saya & Tahu Dia ‘Melihat’ Dari Atas Sana’ – Zahnita Wilson

    Shopee Sale



    Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson menjadi tumpuan sejak seminggu lalu berikutan pendedahan berhubung isu rumah tangganya.

    Kenang arwah bapa

    " data-video-id="7445546748451228949" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @mingguanwanita

    “Diuji selama 20 tahun dalam rumahtangga, saya meminta pada Allah “jalan keluar” dari ujian ini. Masa berjaya melarikan diri dari rumah pun, Zahni sempat bawa satu beg saja dan barang-barang memasak Zahni. Itu saja dengan anak kecil Zahni. “Bukan mudah untuk lari dari semua ini. Hanya mereka yang pernah melaluinya (didera) memahami semua ini kerana kita di”kepung” dengan 1001 soalan. “Ya Allah memberi jawapan melalui pie yang Zahni usahakan sejak beberapa bulan lalu. Dari pie inilah Zahni mampu merasa pegang duit sendiri Masa buat pie, Zahni menangis kerana Allah mendengar doa Zahni. Malah Zahni juga berdoa berilah kekuatan buat Zahni untuk terus bangkit melangkah. Bahkan Zahni juga tahu arwah ayah juga “memerhati” Zahni dari atas dan menyokong apa anak perempuannya ini lakukan. Paling penting adalah niat kita kepada Allah dan Allah memberi jawapan pada semua kemelut ini dengan membuat pie,”kata @zahnita dalam temubual eksklusif bersama Mingguan Wanita. Ikuti kisah penuh temubual bersama Zahnita Wilson ini dalam podcast Sembang Wanita Xtra jam 8.00 malam ini di saluran YouYube dan FB Mingguan Wanita. #mingguanwanita #temansetiapwanita #zahnitawilson #punching

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, dia memohon kepada Allah SWT untuk membantu dirinya mencari jalan keluar daripada masalah rumah tangga yang dialaminya.

    Semasa kejadian itu, saya minta pada Allah tunjukan jalan keluar untuk saya dan segalanya berlaku.

    Saya berjanji pada Allah akan bekerja keras dan sekarang saya di sini. Syukur, Alhamdulillah.

    Ya, saya keluar rumah dengan satu bagasi bersama anak bongsu saya dan perniagaan saya. Alhamdulillah saya dapat keluarkan barang-barang dapur.

    Dalam nada sebak, Zahnita juga percaya bahawa arwah bapa pasti akan menyokong dirinya.

    Ketika saya buat pai, kadang kala saya menangis dan saya boleh mendengar suara bapa saya yang mengatakan, ‘awak boleh lakukannya.’ Saya tahu bapa saya ‘di atas sana melihat’ saya juga.

    Saya bersedia dari segi mental dan emosi. Kena sedar dan berpegang kepada niat itu.

    Perlu ada satu kehendak untuk membantu awak mencari jalan keluar. Susah untuk digambarkan sebab hanya orang yang berada di dalam situasi itu tahu apa yang saya katakan.

    Hasilkan pai

    Sementara itu, aktres berusia 39 tahun tersebut berkongsi detik permulaan dia mendapat idea untuk menjalankan bisnes pai.

    Awak kena cari apa yang membuatkan awak gembira dan sesuatu yang boleh difokuskan.

    Sebenarnya saya rindu, saya nak sangat balik ke Australia dan merasai pai daging di stesen minyak.

    Saya cari resepi dan buat kemudian ada orang komen, ada jual pai? Saya tanya nak order ke? Dan semuanya berlaku begitu sahaja.

    Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.

    MENARIK:  Tengku Ampuan Pahang ‘Turun Padang’ Sertai Lebih 12,000 Rakyat Di MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 Di Kuantan. Meriah Weh!

    Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

    Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah