Pelakon, Ika Nabella mendedahkan pengalamannya menghadapi sindrom pramenstruasi (PMS) yang cukup mencabar sejak zaman sekolah lagi.
Artikel Berkaitan: Ika Nabella Kongsi Refleksi Diri, Utamakan Hubungan Berkualiti & Ketenangan Emosi
Artikel Berkaitan: ’17 Tahun Lalu, Ada Penerbit Ajak Saya Dating Sebab Nak Bagi Watak Heroin’ – Ika Nabella
PMS

Menerusi komen di Threads, Ika berkata perkara itu juga menjadi sebab utama dia sukar menyesuaikan diri ketika tinggal di asrama.
Ika berkata dia sering mendengar dakwaan bahawa PMS akan hilang selepas berkahwin.
Saya dulu macam ni masa zaman sekolah dan ia juga menjadi salah tu sebab kenapa saya tidak boleh survive duduk asrama.
Ada yang kata PMS akan hilang bila dah kahwin tetapi saya rasa tidak. Ada juga yang kata ia hilang selepas bersalin.
Bagaimanapun, Ika berkata dia tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu sebaliknya ia hilang ketika dia berbadan dua.
Waktu yang betul-betul saya rasa bebas daripada PMS ialah semasa mengandung dan menyusukan anak selama tiga tahun.
Selepas itu bermulalah episod PMS yang luar biasa. Saya sakit guling-guling, ada yang pitam, muntah, lembik sampai terkulai.
Sumber: Threads
The post Sakit Sampai Terguling, Ika Nabella Kongsi Pernah Pitam Akibat PMS – ‘Ada Kata Hilang Selepas Bersalin’ first appeared on OHBULAN!.





