30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘ Kejar Impian Tak Semestinya Lari Daripada Tanggungjawab’ – Imran Aqil Perjelas Sertai Ironman 70.3.

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Imran Aqil tampil menjelaskan isu yang menjadi bualan di media sosial ekoran perkongsian terbarunya mengenai impiannya menyertai Ironman 70.3.

    Artikel Berkaitan: ‘Saat Dahlia Perlukan Sokongan Suami, Saya Pula Sibuk Kejar Impian’ – Imran Aqil

    MENARIK:  Shuhada Shukri Dedah Perbualan Lucah Didakwa Hafidz Roshdi & Penyondol? – ‘Aku Minta Cerai Sebab Ni’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Kongsi ‘Wishlist’ Dahlia Rizal, Bukan Lagi Barang ‘Branded’ – ‘Dia Minta Selalu Pegang Tangan’

    Lelaki sebagai ketua keluarga

    " data-video-id="7556131232636062992" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @imjeebster

    Replying to @ف betul ke tak? kalau tak, boleh komen. nak baca pendapat korang

    ♬ original sound – iJeebster – iJeebster

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, berkongsi satu komen individu yang menegur tindakannya sebagai seorang suami.

    Menurut individu tersebut, seorang suami sepatutnya mengejar impian semasa berstatus bujang.

    Saya rasa ramai lelaki lepas kahwin kejar impian.

    Konvoi motor, bercuti bersama rakan lelaki, memancing berminggu-minggu, hiking dan sebagainya.

    Pada saya, selesaikan ketika awak bujang.

    Sebab awak adalah ketua bila sudah berkahwin.

    Tidak lupa tanggungjawab utama

    Dalam pada itu, Imran tenang menjawab pendapat individu tersebut yang mendakwa dirinya seolah-olah lupa tanggungjawab utama sebagai seorang suami dan ayah dalam rumah tangga.

    Saya baru dua tahun kahwin kak, masih belajar untuk seimbangkan antara impian peribadi dan amanah sebagai ketua keluarga.

    Tujuan saya buat video itu untuk hargai isteri saya dan beri pengajaran pada lelaki di luar sana untuk tidak ulangi kesilapan yang sama tanpa berbincang dengan isteri.

    Pada saya, kejar impian itu tak semestinya lari dari tanggungjawab.

    Saya sentiasa sokong impian isteri saya. Saya pernah jaga anak selama dua jam sementara isteri (Dahlia) sedang bersukan kuda.

    Sama juga Dahlia yang jaga anak, uruskan rumah ketika saya sedang training.

    Pada akhir perkongsian, suami kepada pempengaruh media sosial iaitu Dahlia Rizal berharap agar dapat menjadi ketua keluarga yang lebih baik sekali gus mengejar impian tanpa mengabaikan tanggungjawab utama dalam rumah tangga.

    Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 7 Mei.

    Sumber: TikTok @iJeebster

    The post [VIDEO] ‘ Kejar Impian Tak Semestinya Lari Daripada Tanggungjawab’ – Imran Aqil Perjelas Sertai Ironman 70.3. first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah