Sidang Kemuncak ASEAN Film & TV Summit 2025 (Siri 2) melabuhkan tirai berlangsung selama tiga hari, menampilkan pelbagai sesi perbincangan, bengkel kreatif serta platform jaringan profesional yang menghimpunkan penerbit, pengarah, pengamal media dan golongan belia dari seluruh rantau ASEAN.
Artikel Berkaitan: Grab Buat Ramai Terpukau Dengan Sambutan Gempak Sempena ASEAN Summit!
Artikel Berkaitan: Malaysia Hos Digital Nation Summit ASEAN 2025 – Fokus Kepada Kepercayaan Digital, Inovasi & Masa Depan Serantau!
300 peserta dari 10 negara ASEAN

Program berprestij anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), bertujuan memperkukuh hubungan serantau, merancakkan peluang penerbitan bersama.
Ia juga memperkenalkan Asia Tenggara sebagai hab utama industri kreatif bertaraf global.
Sepanjang tiga hari, lebih 300 peserta dari sepuluh negara ASEAN hadir menyertai sidang kemuncak termasuk wakil industri dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Brunei, Filipina dan Singapura.
Antara topik utama yang dibincangkan dalam sesi panel dan bengkel termasuk “Doing Co-Productions Across Borders,” “Digital Storytelling for Regional Impact,” dan “Creative Freedom in ASEAN Storytelling.”
Majlis Makan Malam Gala

Majlis makan malam yang berlangsung itu menjadi acara kemuncak bagi sidang berprestij berkenaan, dengan kehadiran Timbalan Komunikasi, Teo Nie Cheng.
Turut memeriahkan majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Presiden PTVM serta Presiden MBM.
Kerjasama antara TikTok dan FINAS sokong pembangunan bakat belia

Sidang Kemuncak ASEAN Film & TV Summit 2025 (Siri 2) menjadi saksi kepada pengumuman kerjasama strategik antara TikTok Malaysia, FINAS dan Belia Kreatif MADANI, bagi memperkasakan penceritaan digital serta ekspresi kreatif dalam kalangan belia di seluruh ASEAN.
Menerusi inisiatif ini, TikTok menyalurkan kredit iklan bernilai USD20,000 kepada akaun rasmi TikTok FINAS dengan tujuan memperluas capaian kandungan promosi filem, kempen budaya ASEAN serta pelbagai projek kreatif yang digerakkan oleh golongan muda.
Sidang kemuncak tersebut turut melabuhkan tirai dengan lawatan industri ke FINAS, RTM dan Astro, serta memberikan peserta peluang melihat dengan lebih dekat operasi dan ekosistem industri penyiaran serta filem tempatan.
The post Sidang Kemuncak Filem & TV ASEAN 2025 Perkasa Hubungan & Kreativiti Serantau first appeared on OHBULAN!.





