34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band

    Shopee Sale

    Harapan peminat untuk menyaksikan keseluruhan persembahan kumpulan terkenal Indonesia, Wali Band terbantut apabila pihak penganjur memaklumkan bahawa Konsert Pentas RadjaWali terpaksa dihentikan serta merta.

    Artikel Berkaitan: Dua Legenda Satu Pentas! Radja & Wali Gegar Kuala Lumpur Awal Tahun Depan

    Artikel Berkaitan: Konsert RadjaWali Terima Sambutan Luar Biasa, Tiket Hampir Habis Terjual

    Terpaksa dihentikan

    Ketika Wali Band mendendangkan lagu Ada Gajah Di Balik Batu, suasana pentas digelapkan secara tiba-tiba lalu menimbulkan kekeliruan orang ramai.

    Suasana di lokasi konsert iaitu Idea Live Arena bertukar riuh dengan kekecohan daripada peminat kumpulan tersebut susulan makluman berkenaan diumumkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Popular Sampai Ke New Zealand, Bell Ngasri ‘Dikejar’ Warden Parkir – ‘Ingatkan Nak Saman’

    Difahamkan, konsert itu terpaksa diberhentikan berikutan mereka telah melebihi masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola lokasi.

    Kecewa dengan pengumuman itu, para peminat meluahkan rasa kesal sambil menjerit ‘boo’ sebelum beredar.

    Bagaimanapun, Wali Band tetap memohon maaf kepada para peminat mereka kerana tidak dapat menyelesaikan persembahan.

    Berdasarkan senarai lagu yang diperolehi media, Wali Band sepatutnya menyampaikan beberapa lagi lagu popular mereka. Antaranya Yank, Cari Jodoh dan Tobat Maksiat.

    The post [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah