28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kau Buat Cara Kau, Aku Buat Cara Aku’ – Dr Say Tegur Orang ‘Judge’ Ibu Bapa Biar Anak Makan Sendiri

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menegur segelintir tanggapan yang menyifatkan ibu bapa tidak bertanggungjawab apabila membiarkan anak makan sendiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Pertikai Nafkah Isteri Hanya Beza RM300 Dengan Gaji Pembantu Rumah, Ini Jawapan Dr Say – ‘Duit Saya Adalah Duit Dia’

    MENARIK:  Belajar Pemakanan Seimbang, Asas Dapur & Teknik Profesional – Bengkel MAGGI® Angkat Potensi Chef Muda

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Komitmen Bulanan Cecah RM35k, Dr Say Dedah Beban Kewangan Sebenar Di Sebalik Gaya Hidup

    Bagi anak makan sendiri

    " data-video-id="7571838217427733778" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @say_shazril0

    Yup there is such thing as biar anak makan sendiri & ada kriterianya, ada kebaikannya & ada keburukannya. Parenting ni simple, ko buat cara ko, aku buat cara aku. Toksah sibuk ngat hal orang lain hal family kita yg matters most.

    ♬ Emotional Inspiring Music – BeardMusicStock

    Menerusi perkongsian dimuat naik di TikTok, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin menjelaskan mengenai kaedah ‘Baby Led Weaning’.

    Menurut Dr. Say, bayi berusia enam bulan ke atas sudah boleh mula belajar untuk makan sendiri.

    Mungkin ada yang tak pernah dengar Baby Led Weaning atau BLW.

    BLW adalah biar anak makan sendiri. Bila bayi dah 6 bulan ke atas, dah boleh duduk tegak dengan sendirinya, dan kawal pengerakan mulut, kita boleh ajar anak makan makanan lembut dengan saiz yang selamat dengan sendirinya.

    Biar dia ambil sendiri, rasa sendiri dan kunyah.

    Yang penting kita sebagai ibu bapa kena pantau.

    Kebaikan dan keburukan

    Dalam pada itu, Dr Say menegaskan BLW memiliki kebaikan dan keburukan tersendiri.

    Kebaikan BLW membina koordinasi tangan dan mulut dengan cepat sebab dia genggam, masuk sendiri ke mulut.

    BLW juga bina keyakinan dengan kemahiran fine motor. Ketiga, mengurangkan risiko picky eater.

    Tapi ada juga keburukannya iaitu risiko tercekik.

    Kedua, bersepah.

    Ketiga, tak sesuai untuk semua bayi contoh bayi pramatang dan yang ada masalah otot mulut.

    Sumber: TikTok @Say_shazril

    The post [VIDEO] ‘Kau Buat Cara Kau, Aku Buat Cara Aku’ – Dr Say Tegur Orang ‘Judge’ Ibu Bapa Biar Anak Makan Sendiri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah