30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kapsyen Bella Hana #MyOyen Raih Perhatian Netizen – ‘Tolong Jaga Kucing Saya Elok-Elok’

    Shopee Sale



    bella redza

    Pengantin baru, pasangan pelakon Redza Rosli dan Bella Hana kini menjadi perhatian warganet selepas mereka selamat diijabkabulkan Jumaat lalu.

    Mula kehidupan baru

    " data-video-id="7383322924968676615" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @mariofav

    InsyaAllah, my forever ??? @redzarosli_ #myoyen

    ? Cinta Tanpa Syarat – Afgan

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, dilihat sedang memandu kereta bersama Bella sejurus selesai majlis pernikahahan mereka.

    Paling menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Bella yang menggelar Redza sebagai ‘my oyen’ berikutan wajah aktor itu pernah disamakan dengan kucing.

    Insya-Allah my forever #myoyen

    Tinjauan mendapati Redza juga meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan meletakkan emoji hati berwarna putih.

    My wife.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ianya telah mencuit hati warganet dan dalam masa yang sama mereka mendoakan agar pasangan pelakon itu bahagia hingga ke hari tua.

    Kak Bella, saya tak minta banyak tapi tolong jaga ‘kucing’ saya elok-elok tau.

    ‘Oyen’ dah ada isteri.

    Wah dia dapat hati kucing!

    Kemain manja muka #myoyen, semoga berbahagia sampai syurga.

    Terdahulu, pasangan selebriti itu sah menjadi suami dan isteri pada 21 Jun lalu yang menyaksikan Redza menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 kepada Bella.

    MENARIK:  ‘Tak Boleh Malas Ke Dapur Tapi Bau Macam Pekasam Goreng Kunyit’ – Fazley Yaakob

    Pelakon drama Rindu Yang Terindah itu turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.

    Majlis bertemakan warna putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

    Sekadar info, Redza dan Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila, 28, pernah bergandingan dalam drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah