28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kanak-Kanak Sanggup Berjaga Malam Buat ‘Keychain’, Cari Modal Beli Bahan Untuk ‘Pot Luck’ Sekolah

    Shopee Sale



    Seorang wanita yang bergelar ibu mencuri perhatian apabila berkongsi bagaimana anaknya yang masih bersekolah rendah mencari duit secara rahsia semata untuk membeli bahan bagi aktiviti ‘pot luck’ di sekolah.

    Jual ‘keychain’

    " data-video-id="7460184067682684167">
    @sweetnazya1 Kepada Guru Kelas Anak2 sy yg lihat vtt ni..Maaf d atas kekurngn kami utk jamuan sekolah esok. ikutkan sy xnk letak nama sbb sy xda modal nk bt.memng btul2 xda.bkn lawak2 ?.Tp anak sy yg ni dy nk bt sbb smua nama kwn2 ada katanya..dn dy tkut cikgu kta kat mama sma,dy yg buh nama dlm gp.. 5 hari lpas cikgu bgtaw nk bt jamuan.sy tataw dy mnjual keychain gooka yg acik kt tiktok ni beli utk dy dlu..dy impun duit tu dn dpt la kt dy hasil mnjual. trus dy p bli brng nk bt tu. Bekas pun comel ja laa sbb modal kecik?.. Kakak.. Terima kasih ?..kita susah2 dlu kakak. percayalaa xlama lagi Allah bg kita plak merasa senng.. Ujian Allah bg kt kita xlama. sat ja.. smpai masa giliran kita lak Allah bg snyum happy?.. sy taw dlm ni ad brapa org yg knal anak sy sbb sklh anak kita skli. seandainya skls. maafkan kami ya kalau ap yg kmi bt ni x sdp dn kurng?..kakak… bila kita xda duit, xda mknn… mama ngn papa akan redah bakau , redah sungai utk mncari mknn bt kita skluarga.. Bila sekolah bt apa2. kakak lak brusaha bt mxm2 .. Terima kasih krn saling memahami. . ?. Allah uji kita sbb Allah syg kak.. Kita xkaya duit tp kita kaya kasih syg..Alhamdulillah sgt.Mama bsyukur sbb anak2 mama paham keadaan..nk mkn itu bila mama kata nt ,okeyy ja.nk p jln sana sini bila mama kta xda rezeki g.xpnh mlawan.syukur sgt..?.. #fyp #ujianhidup #kisahhidup #fyp? #waqiwaqiah92 #story #portlucksekolah #jamuansekolah ? suara asli – VIONA86
    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Seperti Ada 3 Ibu Bapa’ – BCL Bahagia, Suami Turut Merasa Kasih Sayang Keluarga Ashraf Sinclair

    Menerusi perkongsian @sweetnazya1 di TikTok, pada awalnya wanita itu tidak meletakkan nama anaknya dalam senarai pelajar yang bakal menyertai aktiviti ‘pot luck’ kerana tidak mempunyai wang mencukupi.

    Kepada guru kelas saya yang melihat video ini, maaf di atas kekurangan kami untuk jamuan sekolah esok.

    Ikutkan, saya tak nak letak nama sebab saya tak ada modal nak buat, memang betul-betul tak ada.

    Tapi anak saya yang ini dia nak buat sebab semua nama kawan-kawan ada.

    Berjaga malam buat ‘keychain’

    Jelas wanita itu lagi, anak perempuannya itu kemudian meletakkan nama secara senyap dan mengambil keputusan menjual ‘keychain’ buatan sendiri untuk mendapatkan wang bagi membeli bahan memasak.

    Anak perempuannya juga akan berjaga malam untuk menyiapkan rantai tangan tersebut untuk dijual.

    Saya tak tahu dia menjual ‘keychain’ yang dibelikan untuknya dulu.

    Hasil dari jualannya itu, terus dia beli barang nak buat sedikit juadah untuk majlis ‘pot luck’ sekolah.

    Di akhir hantaran, wanita itu meluahkan rasa sebak dengan tindakan yang dilakukan itu dan mendoakan anaknya peroleh kesenangan dan kejayaan di masa akan datang.

    Kakak, terima kasih tau. Kita susah-susah dulu dan percayalah tak lama lagi Allah bagi kita pula merasa senang.

    Ujian yang Allah bagi pada kita tak lama, sekejap saja. Sampai masa giliran kita, Allah akan bagi senyuman dan kegembiraan.

    Kita tak kaya tapi kita ada kasih saya. Alhamdulillah, mama bersyukur sebab anak-anak faham keadaan.

    Saya tahu ada sesetengah orang mengenali anak perempuan saya kerana anak kami bersekolah di sekolah yang sama. Jadi,  maafkan kami ya kalau apa yang kami buat ini ada kurang dan tak sedap.

    Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan murni adik kecil itu yang berusaha tanpa menyusahkan kedua orang tuanya.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah