Usahawan terkenal Kak KM, mengakui sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan anak-anaknya kerana sedar bahawa tanggungjawab membesarkan mereka bukan sekadar memenuhi keperluan, sebaliknya perlu memastikan persekitaran penuh kasih sayang.
Artikel Berkaitan:
Hargai anak

Ketika ditemui Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, berkata, anak-anak merupakan amanah Allah SWT yang perlu dijaga sebaik mungkin kerana mereka memerlukan perhatian daripada ibu bapa.
Saya buat tanggungjawab saya sebab anak-anak adalah anugerah Allah dan kita mesti pegang perkara itu.
Mereka sangat fragile, jadi kita memang tak boleh kasar dengan mereka, tak boleh buat lebih kurang sebab daripada merekalah tempat yang kita tumpang rezeki.
Menurut Kak KM, dia tidak melihat tindakan ibu bapa meraikan anak-anak atau memenuhi permintaan mereka sebagai satu kesalahan selagi tidak melampaui batas kemampuan.
Ada juga orang yang tak sokong manjakan anak, atau beli apa saja yang anak nak.
Sebenarnya bagi saya tak salah pun sebab kita ni hidup tak lama jadi tak salah kita meraikan anak tu betul-betul supaya kalau kita pergi nanti tak rasa ralat. Saya tak suka penyesalan itu.
Mengulas mengenai konflik ibu dan anak, Kak KM menjelaskan bahawa setiap cahaya mata mempunyai pendirian dan mahu membuat keputusan masing-masing. Justeru, anak-anak juga seharusnya diberikan ruang untuk bersuara.
Perselisihan faham antara mak dengan anak dekat luar sana, kita yang orang luar ni kita tak boleh masuk campur sebenarnya sebab kita tak duduk dengan mereka, kita tak duduk dalam kasut mereka jadi kita tak tahu apa yang mereka hadap.
Bila anak sudah besar, mereka banyak ikut kepala dan hal sendiri. Kita yang mak ni rasa mereka sebenarnya masih kecil padahal sudah besar.
Dalam pada itu, usahawan berjaya ini juga menasihati ibu bapa untuk cuba mengalah dalam setiap pertelingkahan agar anak tidak mengambil tindakan menjauhkan diri.
Mereka nak buat keputusan sendiri dan kadang-kadang pernah juga kita macam tak sependapat. Tapi sebenarnya kita yang orang tua ni pun kena banyak tone down sikit, kita kena banyak dengar apa pendapat anak sebenarnya sebab kalau semua benda anak nak kena dengar cakap kita belum tentu kita ni betul.
Kita yang dewasa ni jangan rasa sentiasa betul, itu yang buat anak tak selesa dengan kita.
Bila selesa mereka akan cerita semua benda dan rahsia dengan kita. Bukan senang mereka nak kongsi tapi anak-anak saya Alhamdulillah, kami jadi seperti kawan baik.
Tambah anak kepada aktres Normah Damanhruri ini, dia akan meletakkan kesalahan pada diri sendiri, selain merendahkan ego demi menjaga perhubungan keluarga agar tidak menyesal di kemudian hari.
Kalau saya marah, saya tak membebel. Saya akan ambil kunci kereta dan pergi lepak minum kopi seorang diri.
Selepas itu saya akan fikir balik, ‘Kenapa anak aku macam ini? Salah aku ke?’
Kalau anak tu memberontak, tiba-tiba dia kemas barang keluar dari rumah, menyesal tak sudah sampai ke mati.
Tapi saya lebih suka letakkan kesalahan itu pada saya. Kita rendahkan ego, sebab dia pun ada ego dan darah panas bila meningkat dewasa.
Kita ni fikir panjang, saya tak nak anak sampai kecil hati bawa diri. Saya takut kehilangan anak sebenarnya.
The post [VIDEO] Kak KM Rendahkan Ego Sebagai Ibu – ‘Anak Anugerah Allah, Tak Nak Mereka Kecil Hati Sampai Bawa Diri’ first appeared on OHBULAN!.





