29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Janganlah Jadikan Suntikan Epidural Sebagai Isu Yang Boleh Lukakan Hati Orang’ – Neelofa

    Shopee Sale



    Usahawan terkenal, Noor Neelofa berpendapat suntikan epidural yang membantu mengurangkan kesakitan para ibu semasa proses kelahiran tidak perlu dijadikan sebagai topik perbincangan di media sosial.

    Tak perlu jadikan isu

    Ketika ditemui , pemilik nama Noor Neelofa, 36, berkata hal ini kerana setiap orang mempunyai tahap kesakitan berbeza.

    Menurut Neelofa, para ibu wajar membuat keputusan yang boleh memberi kebaikan terhadap diri mereka sendiri.

    Saya sendiri ambil epidural dan itu adalah pilihan saya.

    Saya tidak boleh nak kongsi dengan lebih mendalam kepada orang ramai tentang keadaan saya semasa proses melahirkan anak kerana setiap orang berbeza.

    Ada perkara yang kita tak perlu nak kongsi di media sosial. Baik kita buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

    Bagi saya, janganlah kita jadikan ia sebagai topik dan isu yang boleh melukakan hati orang lain.

    Neelofa berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berkenaan isu suntikan epidural yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

    Mengulas lebih lanjut, usahawan jenama Naelofar itu tidak menafikan teknologi canggih pada zaman ini sedikit sebanyak membantu orang ramai memahami pelbagai perkara terutamanya epidural.

    Negara kita sudah maju dalam pelbagai aspek, media sosial banyak dedahkan kita kepada banyak perkara untuk belajar tentang gaya keibubapaan, perubatan termasuk pengorbanan ibu dari segi melahirkan anak.

    Mungkin zaman dahulu orang akan ada pemikiran tertentu tentang suntikan epidural kerana mereka tidak terlalu terdedah dan faham secara keseluruhan mengenai itu.

    Sekarang ini dengan adanya perkongsian media sosial daripada banyak pihak orang lebih faham dengan lebih mendalam apa itu suntikan epidural, ubat tahan sakit dan lain-lain.

    Kita tak boleh nak cakap satu benda itu sesuai untuk semua. Setiap orang mempunyai keadaan badan dan ketahanan yang berbeza.

    Sebelum ini, hangat di media sosial berkenaan usahawan, Jofliam yang seolah-olah tidak menghargai pengorbanan bekas isterinya, Cik Epal melahirkan dua anaknya, Han dan Yuki dengan menggunakan suntikan Epidural.

    MENARIK:  [VIDEO] Iklan Baharu Fernleaf Raikan Keharmonian Keluarga Malaysia

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah