Perkongsian pelakon senior, Faizal Hussein tentang peranan suami membantu isteri ketika di rumah telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Faizal Hussein Bangga Tengok Anak ‘Runway’, Beri Sokongan Penuh Untuk Ceburi Bidang Seni – ‘Rezeki Mengalir Kepada Saya Juga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Faizal Hussein Anggap Isu Bau Badan Perkara Normal – ‘Saya Simpan Sendiri, Hadap & Hadam Saja’
Tugas suami
Menerusi perkongsian di program Nona, Faizal atau nama lengkapnya Mohd Faizal Hussein, 58, mendedahkan bahawa tugas menukar cadar dilakukannya sejak dari awal perkahwinan hingga ke hari ini.
Menurut Faizal, fizikal wanita tidak sesuai untuk mengangkat tilam yang tebal dan berat, justeru tugasan itu dilihat sewajarnya dilakukan oleh kaum lelaki.
Sampai ke hari ini, isteri saya tak pernah tukar cadar sekali pun. Saya yang tukarkan.
Kalau dulu itu seharusnya menjadi kerja wanita tetapi ketika zaman orang ramai menggunakan tilam spring, tebal dan berat..itu bukan lagi kerja seorang wanita. Itu kerja seorang lelaki.
Bukan itu sahaja, pelakon yang terkenal dengan watak Walid ini turut membantu isteri, Suhaila Sulaiman melakukan kerja-kerja pembersihan rumah sebagai salah satu tanda kasih sayangnya.
Mencuci, vacum, bersihkan rumah, lap habuk..saya suka buat kerja-kerja itu.
Pada saya, itu menunjukkan rasa kasih sayang saya pada isteri.
Sampai sekarang, saya bagi isteri bunga.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap bertanggungjawab yang ada pada diri pelakon drama Bidaah itu.
Dalam masa sama, warganet menyifatkan isterinya sebagai seorang yang bertuah kerana memiliki suami seperti Faizal.
Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila pada 3 Julai 2004. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 21, dan Fazrick, 18 tahun.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Saya Yang Buat..Angkat Tilam Berat Bukan Kerja Wanita’ – Faizal Hussein first appeared on OHBULAN!.





