33.2 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri ‘Bad Mood’, Fizi Ali Pujuk & Hadiahkan Pokok Cili Api – ‘Dia Suruh Jaga, Jangan Bagi Mati’

    Shopee Sale



    Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali membuat kejutan dengan menghadiahkan satu pokok cili api kepada isterinya, Siti Zulaikha.

    Bagi hadiah pokok cili api

    Menurut Zulaikha, 31, pada awalnya, Fizi telah membelikannya sekuntum bunga ros (mawar) tetapi dia memberitahu bahawa dia tidak suka kerana cepat mati.

    Namun tanpa diduga, rupa-rupanya suaminya itu telah menyediakan satu lagi hadiah di luar jangkaannya. Penyampai radio itu telah membeli satu pokok cili api yang diletakkan di dalam pasu lalu dihadiahkan kepada isteri.

    Suami balik dari gym, lepas tu dia bawalah bunga ros ni. Saya cakap saya tak suka bunga sebab bunga akan mati. Yelah, kita pula tengah bad mood.

    Lepas tu dia kata tak apa, tahu-tahu dia belikan pokok cili api. Dia suruh jaga, jangan bagi mati.

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Zulaikha turut meminta tips daripada orang ramai tentang penjagaan pokok cili yang betul supaya tumbuhan itu tidak mudah rosak atau mati.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Anjoulie Banyak Kali Dipermain Lelaki, Nasihat Wanita Jangan ‘Hanyut’ Ketika Bercinta

    Terdahulu, isteri kepada Fizi iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada 7 Julai lalu.

    Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaiikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.

    Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

    Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

    Video


    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah