Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming menerima pujian ramai kerana kekal tenang ketika mengendalikan restoran miliknya, Rembayung yang mengalami gangguan bekalan elektrik.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Respon Isu Sistem Tempahan Rembayung ‘Down’ – ‘Restoran Baru Buka 2 Minggu Bang, Beri Saya Sedikit Ruang’
Rembayung alami gangguan elektrik
View on Threads
Menerusi klip video yang dikongsikan menunjukkan Khairul Aming sedang melakukan sesi siaran langsung (live) di restorannya.
Namun, di tengah-tengah kesibukan melayan penonton dan pelanggan, tiba-tiba berlaku gangguan bekalan elektrik di premis tersebut.
Bagaimanapun, Khairul Aming dilihat sangat tenang mengawal situasi itu dengan meminta pekerjanya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Tidak cukup dengan itu, Khairul Aming dengan berhemah memohon maaf kepada para pelanggannya kerana terpaksa menjamu selera dalam keadaan panas tanpa kipas dan penghawa dingin.
Difahamkan, ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku sejak Rembayung dibuka secara rasmi dua minggu yang lalu.
Sikap profesional dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Khairul Aming menerima pujian ramai.
Komen warganet

Sumber: Threads
The post [VIDEO] Gangguan Bekalan Elektrik Di Rembayung, Netizen Puji Sikap Tenang Khairul Aming Kawal Situasi first appeared on OHBULAN!.





