Seorang individu tampil mendakwa pelakon dan usahawan Betty Rahmad berkelakuan biadap semasa mengunjungi kedainya di Celebfest yang berlangsung di Singapura.
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Umat Islam Wajib Tegur Saudara Seagama, Tapi Dalam Kedaan Lembut & Tidak Memalukan’ – Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: ‘Tak Sangka Jadi Isu’ – Betty Rahmad Perjelas Pemilihan Nama ‘Bachelorette’ Usrah
Betty Rahmad kurang ajar?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Alif meluahkan rasa berang apabila mendakwa pelakon berusia 44 tahun itu meninggikan suara pada pekerjanya.
Dakwa Alif, keadaan di kedai ketika itu agak sibuk dengan kehadiran pelanggan namun Betty bertindak menjerit kepada salah seorang pekerja yang sedang bertugas.
Video ini khas buat Betty Rahmad dan Erma Fatima.
Tahun lepas kakak kau kurang ajar, tahun ini kau pula.
Ramadan atau tidak, kita nak ajar mereka.
Tadi di booth saya hanya ada dua orang pekerja. Ketika itu, keadaan agak sibuk. Dua pekerja saya tengah layan pelanggan yang datang booth. Pelanggan pun nampak apa yang dia buat.
Betty Rahmad datang dengan kawan. Dia datang di kaunter dan jerit ‘saya nak ini’.
Selain itu, Alif turut menegaskan agar adik kepada pengarah dan pelakon Erma Fatima itu tampil membuat permohonan maaf susulan tindakannya yang didakwa biadab.
Kau siapa? Jangan biadap. Awak hutang permohonan maaf pada pekerja saya. Kau pakai tudung, ini bulan ramadan.
‘Yang kenal saya, tahu la’

Tidak berdiam diri, Betty menepis dakwaan tersebut sekali gus mendakwa individu terbabit cuba memburukkan namanya.
Tambah Betty, dia akan menjelaskan lanjut secara siaran langsung keadaan yang terjadi berikutan dirinya yang dilabel biadap.
Terima kasih yang mereka cerita dan cuba memburukkan nama saya.
Tidak mengapa, ada Allah dan mereka yang baik hati mengenali saya dari 12 tahun sertai event di Singapura.
Yang mana nak percaya dulu, silakan. Yang mana kenal saya, tahu saya macam mana. Biar saya uruskan tugas kejap dan saya akan bersiara langsung. Jangan tak tengok pula, tak ulang dah. Sabar kejap.
Sumber: TikTok @Alif
The post [VIDEO] Individu Dakwa Betty Rahmad Biadap, Tuntut Permohonan Maaf Segera – ‘Tahun Lepas Kakak Kau, Tahun Ini Kau Pula’ first appeared on OHBULAN!.



” when she saw I only bought $10 worth if items from her booth. Kau nak singaporean borong brapa banyak….

