Pempengaruh dan usahawan, Khaled Hassan berkongsi pengalaman apabila pernah ditahan pihak berkuasa di Indonesia gara-gara menjalankan perniagaan tanpa permit.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Khaled Hassan Tak Sangka Tercalon ‘Peniaga Paling Viral’, Ajak Pelanggan Undi – ‘Saya Dikenali Kerana Bonsha Bonshi’
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan
Masuk lokap sebab jual tanpa permit

Ketika ditemui , Khaled yang merupakan pemilik perniagaan Bonsha Bonshi mendedahkan kejadian tersebut berlaku ketika dia berada di Batam, Indonesia pada tahun lalu.
Menurut Khaled, pada awalnya dia berkunjung ke negara jiran itu bagi mengadakan sesi bertemu peminat sebelum mengambil keputusan untuk berniaga di sana.
Saya jual dekat negara orang tanpa permit dan pernah masuk dua jail. Sebab jual Bonsha Bonshi tanpa permit dekat negara orang.
Saya jual sehari je dan saya pergi sana pun sebab nak meet and greet dengan fans, viewers dekat Batam, Indonesia.
Kemudian saya macam tergerak hati nak meniaga. Saya bawa Bonsha Bonshi tu sebenarnya nak bagi free, tapi dia orang nak rasa macam mana keadaan membeli dengan drive-thru.
Saya mula je cari kedai dan jual, memang habis semua stok.
Bagaimanapun, hasratnya untuk pulang ke Malaysia bertukar tragedi apabila dia ditahan ketika melalui pemeriksaan imigresen.
Esoknya nak balik ke Johor Bharu, saya ditahan dekat imigresen, kena soal siasat apa semua dan dihantar ke lokap yang ada tingkap kecil je.
Itulah saya punya titik terendah yang pernah saya laluilah. Sangat teruk. Lepas tu saya dilepaskan sebab saya bukan buat dengan sengaja.
Susulan apa yang berlaku, Khaled berharap pengalamannya itu dapat dijadikan peringatan kepada usahawan supaya membuat persediaan sebelum membawa perniagaan ke luar negara.
Saya harap benda ini akan dapat memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia ataupun awareness kepada orang yang nak jual, nak kembangkan bisnes. Kena ada ilmu, kalau tak ada ilmu, memang kena tangkaplah.
Dalam perkembangan lain, Khaled tercalon dalam kategori Peniaga Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0).
Selain Khaled, antara pencalonan lain ialah Kakak Naga, Farah Dina, Kek Lapis Hafiz, Opah Strawberry, Syakir Je, Dhira Nasi Lemak, Rizz Quesillo, Kak Ojie, Atok Jajan, Pak Cik Tupperware, Tokey Coconut Candy, Durian Papa Muda dan Kilos Cake.
Paling Viral 2.0 (OBPVO) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada Januari 2027, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: ‘Saya Pernah Ditahan Sebab Jual Bonsha Bonshi Tanpa Permit’ – Khaled Hassan first appeared on OHBULAN!.





