34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penuhi Jemputan Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Posting Dr Zulkifli Undang Komen Netizen – ‘Terselit Gambar Amira Othman Sekali’

    Shopee Sale



    Perkongsian terbaharu mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Instagram (IG) telah menyorot perhatian netizen.

    Penuhi jemputan Fattah Amin

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzulkifli.albakri)

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Dr. Zulkifli memuat naik foto dirinya yang sedang menyampaikan tazkirah sambil duduk di atas kerusi.

    Jelas Zulkifli, dia hadir bagi memenuhi jemputan pelakon kacak, Fattah Amin yang menganjurkan majlis doa selamat bersama keluarganya bersempena sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

    Semalam (Ahad), saya memenuhi jemputan Fattah Amin sekeluarga untuk menyampaikan tazkirah dalam majlis doa selamat bersempena bulan Ramadan.

    Moga kita semua dapat menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik dalam hidup kita.

    Namun, apa yang mencuri perhatian ialah Zulkifli turut mencuri perhatian apabila memuat naik foto bersama penyanyi, Amira Othman yang turut hadir ke majlis tersebut.

    MENARIK:  Riena Diana Tak Mahu Paksa Keith Foo Belajar Agama Islam – ‘Tapi Dia Suka Dengar Khutbah & Sedekah Di Masjid’

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai komen dan respon daripada wargamaya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja sambil berharap agar ada sesuatu yang baik akan berlaku di antara Fattah dan Amira.

    Terdahulu, tular satu artikel yang mendakwa Fattah dan Amira bertunang pada Jumaat lalu.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu menafikan dakwaan tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah