Perkongsian pempengaruh media sosial, Azfar Heri menyorot perhatian ekoran majlis ‘gender reveal’ yang dilakukan oleh pelakon Eyka Farhana baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Azfar Heri Bergambar Rapat Dengan Rakan Wanita, Netizen Nasihat – ‘Jadi Influencer Yang Jaga Batas Dalam Agama’
Artikel Berkaitan: Buat Konten ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Suami Neera Azizi Digantung Tugas 6 Bulan
Gender reveal
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Imam Muda Hassan dilihat memberi pandangan terhadap majlis ‘gender reveal’.
Pada hantaran yang sama, Imam Muda Hassan memaklumkan setiap hukum majlis di dalam Islam adalah harus namun perlu yang menepati syariah.
Pada saya, majlis apa-apa pun yang dibuat hukumnya harus di dalam Islam.
Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Selagi ada adabnya, dari sudut agama tiada masalah.
Kena pastikan majlis itu tidak bercampur dengan maksiat.
Selain itu, Imam Muda Hassan turut berpendapat setiap pasangan sebaiknya merahsiakan jantina anak untuk mengelakkan fitnah dan juga sebagai usaha dijauhkan daripada penyakit ain.
Mungkin kita boleh katakan majlis ini sebagai majlis kesyukuran. Nak bagitahu kepada umum tentang jantina anak.
Ini adalah pilihan masing-masing. Tapi pada saya, perkara itu sepatutnya dirahsiakan lebih baik.
Untuk mengelakkan timbulnya fitnah atau penyakit ain.
Bagaimanapun, situasi tersebut secara kebetulan berkait rapat dengan hantaran Azfar yang dijemput menghadiri majlis ‘gender reveal’ bersama beberapa rakan pempengaruh lain.
Rata-rata netizen menyifatkan majlis ‘gender reveal’ sebagai budaya barat yang tidak sepatutnya dinormalisasikan sebagai seorang Muslim.
Komen netizen




Sumber: Threads @azfar heri TikTok @pa&ma
The post [VIDEO] Imam Muda Hassan Perjelas Hukum Majlis ‘Gender Reveal’ – ‘Pastikan Tidak bercampur Dengan Maksiat’ first appeared on OHBULAN!.





