28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Menang Di VMA, Tular Pula Laporan Polis Libatkan Lisa Blackpink?

    Shopee Sale

    Nama Lisa Blackpink sekali lagi menjadi bualan hangat selepas kemenangannya di pentas MTV Video Music Awards (VMA) 2025 mencetuskan pelbagai kontroversi.

    Kemenangan Lisa dipertikai?

    Baru-baru ini, Lisa dinobatkan sebagai pemenang kategori Best K-Pop menerusi lagu Born Again, kolaborasi bersama Doja Cat dan Raye. Namun, kemenangan itu tidak diterima malah ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut. 

    Hal ini kerana lagu berkenaan bukanlah sepenuhnya berbahasa Korea selain turut menampilkan artis dari Barat.

    Susulan daripada itu, tular di media sosial satu ciapan yang memaparkan gambar laporan polis didakwa berkaitan dengan kemenangan Lisa. 

    Pada awalnya, ramai menyangka laporan itu dibuat terhadap penyanyi kelahiran Thailand tersebut. Namun, selepas diteliti, laporan itu sebenarnya difailkan oleh seorang individu terhadap kumpulan peminat Lisa, dikenali sebagai Lillies.

    MENARIK:  [VIDEO] Fatiya Latiff Dipuji Sebutan ‘Not Bad’ Ketika Baca Al-Quran – ‘Maksudnya Dia Sudah Biasa Mengaji’

    Menurut dakwaan dalam laporan tersebut, Lillies dituduh melakukan gangguan selepas mempertahankan Lisa daripada tuduhan bahawa trofi VMA itu ‘dibeli’.

    Selain isu laporan polis, peminat turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan VMA tahun ini. Ada yang berpendapat ramai artis lain lebih layak menerima pengiktirafan tersebut. 

    Tidak kurang juga yang menyindir pihak penganjur kerana seolah-olah mewujudkan kategori khusus untuk K-pop, namun akhirnya tidak memberi anugerah itu kepada karya yang benar-benar mewakili genre tersebut.

    Sumber: Koreaboo, X

    The post Selepas Menang Di VMA, Tular Pula Laporan Polis Libatkan Lisa Blackpink? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah