25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Harith Iskander & Dr Jezamine Jalan Berpimpin Tangan, Datang ‘Bersama’ Ke Mahkamah Bagi Kes Perceraian

    Shopee Sale



    harith1

    Pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 11.50 pagi bagi prosiding penceraian.

    Hadir bersama

    harith2

    Pasangan itu bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan, namun sempat menyapa pengamal media yang hadir.

    Sementara itu, peguam yang mewakili pasangan tersebut iaitu Datuk Akberdin Abd Kader berkata pasangan itu akan memberi kenyataan sejurus prosiding selesai.

    Semuanya akan diberitahu selepas ini.

    Harith yang mengenakan baju kemeja berona biru muda, manakala Jezamine berbaju kurung dilihat tenang berjalan sambil berpimpin tangan.

    Terdahulu, Dr Jezamine mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Harith pada bulan lalu.

    Sementara itu, Harith berkata rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapannya sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas

    Pun begitu, Harith enggan mendedahkan punca terperinci perpisahan mereka.

    Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah