29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video: Haneesya Hanee Menegah Tuduhan Bersama Aliff Aziz Dalam Bas, Nasihat Netizen untuk Berfikir Terlebih Dahulu – ‘Jangan Sebut Nama Saya, Ibu Akan Marah’

    Shopee Sale



    Tak ada angin tak ada ribut, nama model dan pelakon Haneesya Hanee menjadi bualan apabila dia didakwa mempunyai hubungan bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

    Khabar angin itu mula timbul selepas tularnya foto mirip Aliff Aziz bersama seorang wanita yang dikatakan merupakan dirinya di media sosial.

    ‘Saya ada kereta’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

    Terbaharu, Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi satu video dimuat naik di Instagram (IG).

    Menurut Haneesya, dia sudah pun mempunyai kenderaan sendiri dan tidak perlu bersusah payah untuk ke mana-mana dengan menaiki bas.

    Jangan petik-petik nama aku, mak aku marah.

    First of all, sebelum nak menuduh itu fikir dahulu. Fikir dulu biar betul sebelum nak menuduh, nak menfitnah.

    Aku ini dah ada kereta dah, selesa. Aku boleh baring, letak kaki dekat atas (dashboard), boleh dengar lagu.

    Buat apalah aku nak naik bas?

    Tambah Haneesya, kontroversi yang tular ketika ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengannya.

    Yang kedua, hanya disebabkan mereka berdua itu berkawan baik, janganlah kau cari aku.

    Aku aman damai saja bersama keluarga aku, tiba-tiba nama aku kena petik.

    Malah, model berusia 24 tahun itu turut berpesan agar wargamaya tidak melemparkan sebarang tuduhan sewenang-wenangnya sehingga mengaitkan nama orang lain yang tidak berkaitan.

    MENARIK:  Jofliam Kongsi Gambar ‘Fitting’ Baju Pengantin, Bakal Tamat Zaman Duda Dalam Masa Terdekat?

    Terdahulu, kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mencuri perhatian apabila berkongsi foto seorang lelaki yang dikatakan mirip seperti Aliff bersama seorang wanita di dalam bas sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

    Dakwa Sarah, dia mengenali wanita yang duduk bersebelahan dengan Aliff namun tidak mahu mendedahkan namanya.

    Hantaran tersebut meraih perhatian dan rata-rata netizen memetik nama Haneesya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah