Penyanyi, Hafiz Suip menjelaskan hubungannya dengan rakan seperjuangannya, Adira Suhaimi tidak lebih daripada sekadar kawan biasa.
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Di Sebalik Aku Hafiz Suip’ Diteruskan, Tiket Dijual Harga Rahmah Demi Kesenangan Peminat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri
Kawan saja

Ketika ditemui , pemilik nama Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan melebihi seorang rakan terhadap Adira.
Saya dengan Adira masih berkawan. Kami tiada perasaan lebih daripada seorang kawan.
Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Apa yang saya boleh katakan doakan yang baik-baik saja.
Dalam pada itu, pelantun lagu Awan Nano itu juga tidak menolak sekiranya ada peminat yang cuba menjodohkannya semula dengan Adira kerana perkara tersebut berada di luar kawalannya.
Kalau mereka kenenkan saya dengan Adira nak buat macam mana kan? Mulut orang dan tanggapan orang kita tidak boleh nak halang.
Tetapi kalau boleh kita tidak mahu timbulkan sesuatu yang tidak baik kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Sebelum ini, Hafiz dan Adira pernah menjalinkan hubungan sekitar tahun 2011 namun hubungan mereka tidak berkekalan.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan disahkan bercerai pada 29 Mei lalu.
Sementara itu, Adira disahkan bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu pada 24 April 2024.
The post [VIDEO] Hafiz Suip & Adira Hanya Berkawan – ‘Masing-Masing Sudah Ada Kehidupan’ first appeared on OHBULAN!.





