27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Gema Raya’ Taruhan Terbaharu Rayme Zainal, Gabung Elemen Arab & Timur Tengah – ‘Bukan Kejar Populariti, Ini Minat’

    Shopee Sale

    Penyanyi Rayme Zainal tampil dengan single raya terbaharu berjudul ‘Gema Raya’ sempena sambutan Syawal pada bulan hadapan.

    Artikel Berkaitan: Rayme Zainal Fokus Bidang Penganjuran Acara, Gema Raya Putrajaya 2026 Jadi Penanda Aras Baharu

    Artikel Berkaitan: Rayme Zainal Gembira Nama & Karya Seni Semakin Dikenali Ramai

    Cipta lirik & lagu

    Menariknya, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh Rayme sendiri dari segi melodi dan lirik, bagi menggambarkan pengalaman peribadi menyambut Hari Raya.

    Menurut Rayme, sentuhan elemen Arab dan Timur Tengah menjadi antara kekuatan utama karya berkenaan, selari dengan citarasa muziknya ketika ini.

    Saya memang cipta sendiri, lagu dan lirik kerana mahu menceritakan sendiri pengalaman Hari Raya.

    Saya gemarkan elemen Arab dan Timur Tengah, jadi saya nak sesuaikan dengan minat muzik sekarang. Jika boleh, saya berharap lagu ini menjadi siulan dan didengari setiap tahun.

    Rayme ditemui pada majlis pelancaran Gema Raya Putrajaya 2026@PICC yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre. Lagu Gema Raya turut dipilih sebagai lagu tema rasmi festival berkenaan.

    Tegasnya, setiap karya yang dihasilkan bukan didorong oleh keinginan mengejar populariti semata-mata.

    Ini kali ketiga saya menghasilkan lagu Raya, semuanya saya buat sendiri. Saya memang suka buat lagu raya, malah lebih banyak berbanding lagu biasa saya.

    Saya bukan nak buat lagu raya untuk populariti, ini merupakan minat saya. Jika ada orang menggemari lagu Raya ini, saya anggap sebagai rezeki.

    Bahasa Inggeris jadi signature

    Mengulas keistimewaan Gema Raya, Rayme yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. berkata penggunaan gabungan Bahasa Inggeris dalam lagu Raya adalah identiti tersendiri yang ingin dikekalkan.

    Elemen gabungan Bahasa Inggeris dalam lagu raya adalah signature saya untuk diri saya. Dalam setiap lagu saya mesti ada bahasa Inggeris.

    Mungkin ramai dah buat sebegitu sebelum ini, tapi untuk saya sendiri, sebagai Rayme Zainal, itu yang saya mahu cuba tonjolkan dalam setiap lagu.

    Untuk makluman, festival tersebut dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

    MENARIK:  ‘You Pun Lebih Kurang Je’ – Diana Danielle Hairan Sikap Netizen Suka Menegur, Amalan Jaga Tepi Kain Sudah Jadi Penyakit

    Hampir 300 vendor dijangka terlibat dengan anggaran kehadiran mencecah 800,000 pengunjung, merangkumi aktiviti keusahawanan, kesenian, kerohanian dan kebajikan komuniti.

    Antara barisan artis yang disahkan membuat persembahan ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali yang kesemuanya pernah muncul sebagai finalis di pentas Anugerah Juara Lagu.

    Turut memeriahkan festival ialah Bella Astillah, juara sulung program Raise The Star Malaysia iaitu Didie Shazry serta kumpulan Alpha, sekali gus menjadikan acara ini himpunan Raya yang menggabungkan elemen hiburan, budaya dan industri kreatif.

    The post [VIDEO] ‘Gema Raya’ Taruhan Terbaharu Rayme Zainal, Gabung Elemen Arab & Timur Tengah – ‘Bukan Kejar Populariti, Ini Minat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah