Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menjawab dakwaan tentang anak tirinya Talita, yang didakwa menggunakan bahasa kurang sopan.
Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati’ – Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Talita, Jaga Percakapan Dengan Watie – ‘Tak Elok Panggil Woi’
Salah faham

Ketika ditemui , Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menjelaskan bahawa ramai yang salah faham terhadap video tular itu.
Ianya berlaku secara spontan dan berlaku semasa sesi siaran langsung, dia pun sedang berinteraksi dengan warganet dekat komen.
Saya yang hidup dengan dia, dan saya kenal anak saya. Ketika kejadian saya tahu situasi yang berlaku.
Watie juga menegaskan bahawa Talita sama sekali tidak pernah bersikap kasar terhadapnya seperti yang didakwa warganet di klip video berkenaan.
Mereka semua bukanlah anak-anak yang kurang ajar, biadab apatah lagi Talita. Talita adalah anak yang baik dan dia bukan begitu.
Kalau dia marah atau terasa, paling-paling pun dia akan menitiskan air mata sahaja.
Jangan cepat menilai apa yang anda nampak.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tidak terkesan
View this post on Instagram
Usahawan berusia 37 tahun itu juga berkata, dia terlebih dahulu memaklumkan tentang perkara tersebut kepada Talita sebelum anak gadis itu mengetahuinya.
Selepas saya nampak berita itu, saya beritahu Talita terlebih dahulu sebelum baca sendiri, sebab saya tak nak dia salah faham.
Saya katakan kepadanya, ‘orang tak kenal kita, tapi saya kenal awak dan saya tahu awak anak yang macam mana.’
Walau bagaimanapun, Watie tetap bersyukur kerana isu tersebut tidak memberikan tekanan kepada anaknya.
Alhamdulilah perkara itu tidak memberi tekanan kepadanya. Baik-baik sahaja semuanya.
Saya tak nak anak-anak berfikir dan menganggap yang saya post video itu sengaja untuk nampakkan kesalahan Talita. Saya pun tak nak rosakan hubungan kami anak beranak disebabkan isu itu.
Terdahulu, dalam sebuah hantaran Watie meminta Talita untuk memperlahankan bunyi lagu pada radio dan anak itu membalas dengan mengatakan radio itu sudah cukup perlahan bunyinya.
Lantaran itu, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan respon Talita dan menyifatkan bahasa yang digunakan agak kurang sopan.
The post Watie Hanifiah Lebih Kenal Perangai Anak – ‘Talita Bukan Begitu, Saya Yang Hidup Dengan Dia’ first appeared on OHBULAN!.





