30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Pandah Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’

    Shopee Sale

    Usahawan popular Christy Ng menyifatkan barangan buatan Malaysia juga mempunyai kualiti dan nilai yang setanding dengan jenama antarabangsa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Motivasi Untuk Saya Jadi Majikan Lebih Baik’ – Christy Ng

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Spontan Buat ‘Content’ Dengan The Bengap Brothers – ‘Tak Sangka Popular’

    Setaraf jenama antarabangsa

    Ketika ditemui pemilik nama Christina Mei Mei Ng, 36, itu menegaskan bahawa barangan buatan Malaysia tidak boleh dipandang rendah kerana mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dahulu.

    Jangan pandang rendah pada barangan Malaysia. Barangan kita sekarang pun sudah ‘mendonia’.

    Siapa cakap barang kita tak berkualiti tinggi? Dia mungkin masih berada di zaman dahulu, sekarang tahun 2025 dan banyak telah berubah.

    Barangan Malaysia berkualiti tinggi, harga pula berjiwa rakyat. Produk yang dihasilkan juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

    Menurut Christy, persepsi segelintir pengguna yang menganggap produk lokal tiada kualiti adalah tidak wajar. Hal ini kerana, hasil sokongan pelanggan tempatan, telah membuktikan jenama Malaysia mampu untuk berdiri sama tinggi dengan jenama luar negara.

    Saya pun sudah ada kedai di Indonesia dan Filipina, ini membuktikan produk kita makin diterima di pasaran luar.

    Kalau ada yang kata produk Malaysia tak bagus, saya tidak akan ada di sini sejak hampir 12 tahun lalu lagi.

    Saya mahu satu dunia tahu, jenama ini dari Malaysia.

    Kalau tak bagus, sudah lama gulung tikar tapi sekarang masih tetap bertahan malah makin diterima ramai.

    Christy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama beg tangan terkenal Christy Ng X Mamee Monster yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

    MENARIK:  Ismail Izzani Guna Paddle RM6,000! Juara The Power Play Pickleball Tournament, Tewaskan Imran Aqil

    Bukan proses mudah

    View this post on Instagram

    A post shared by The Mamee Monster (@iammameemonster)

    Selain itu, Christy juga menitikberatkan aspek pemilihaan bahan serta proses pembuatan produk yang dihasilkan demi menjaga kualiti.

    Latar belakang saya adalah melibatkan sains, jadi saya sudah biasa dengan ekperimen dan kajian.

    Kami menekankan tentang pengawalan kualiti yang sangat serius untuk memastikan penghasilan setiap produk tidak mengecewakan pembeli.

    Untuk info, Christy Ng tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di Paling Viral Online.

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    The post ‘Jangan Pandah Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah