Tindakan pelakon dan usahawan, Fazura menegur salah seorang individu yang memakai tudung jenama miliknya, FAZURA mendapat pujian daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’
Fazura tegur peminat

Menerusi klip di TikTok, ia memaparkan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, tidak kekok untuk bertegur sapa dengan individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah.
Ketika kejadian, Fazura memberi salam sebelum mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana memakai salah satu koleksi tudung miliknya.
Wanita itu kemudiannya terkejut kerana tidak mempercayai disapa oleh Fazura.
Assalamualaikum, terima kasih pakai tudung Fazura.
Perkongsian klip itu mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya menyukai sifat peramah ibu kepada Fatima Aisya itu.
Warganet memberitahu bekas isteri kepada pelakon kacak, iaitu Fattah Amin sememangnya sangat merendah diri dan memiliki sifat baik kerana tidak mengendahkan statusnya sebagai seorang selebriti.
‘Tak mudah artis nak tegur’


Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Fazura Berterima Kasih Kepada Peminat Pakai Tudung Brand Jenamanya first appeared on OHBULAN!.





